Cari Blog Ini

Muhyiddin Mesti Mencontohi Musa Hitam Berani Letak Jawatan, Apabila Tidak Bersetuju Dengan PM


PAS minta Muhyiddin contohi Musa Hitam, letak jawatan
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mencadangkan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin mencontohi bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam yang berani meletakkan jawatan apabila tidak bersetuju dengan perdana menteri.

"Sebagai orang Johor, Muhyiddin kena berani ambil tanggungjawab letak jawatan sebagai TPM seperti Musa Hitam dahulu.

"Apa guna duduk dalam kerajaan jika tidak sehaluan?" kata Suhaizan Kaiat kepada The Malaysian Insider, Bagi beliau, Najib pun tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berundur.

"Bagaimana Muhyiddin mahu buat perubahan jika Najib tidak rasa bersalah dan mahu berubah?

"Najib sudah jadi liabliti kepada Umno," kata ketua pemuda PAS itu ketika mengulas kenyataan Muhyiddin melalui video yang kini menjadi viral di media sosial.

Dalam video itu, Muhyiddin berkata, ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya dipecat dengan segera.

“Saya beritahu perdana menteri, pecat semua mereka, lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka!

Mereka yang menjadi beban kepada perdana menteri ,” katanya dalam satu majlis taklimat tertutup yang turut dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.