Cari Blog Ini

Menteri Pun Ada Saman Tertunggak, Perlu Ditahan Bawah Ops Warta !


MP mahu Liow ditahan bawah Ops Warta
Liow Tiong Lai
[mk]- Dengan sejumlah 836 orang ditahan sehingga kini kerana gagal melunaskan bayaran saman mereka, seorang menteri yang melakukan perkara yang sama juga tidak boleh terlepas, kata MP Segambut Lim Lip Eng.

Dalam sidang medianya hari ini, Lim menunjukkan rekod saman Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menurutnya, presiden MCA itu mempunyai dua saman tertunggak berkaitan melebihi had laju yang dikeluarkan sistem penguatkuasaan automatik (AES).

Lim juga berkata kenderaan Liow juga mempunyai satu lagi saman kerana memakai cermin terlalu gelap, Dua saman dicatatkan pada 2013 manakala saman ketiga pada 2014.

"Kena beliau tidak membayar denda? Adakah patut rakyat mengikut menteri ini sebagai contoh?

"POlis sepatutnya serta merta mengheret beliau ke mahkamah kerana tidak membayar saman strafik atau batalkan sahaja Ops Warta," kata Lim.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.