Cari Blog Ini

Mat Sabu Pertahan Ceramah Kit Siang Di Kota Baru, Kit Siang Masih Tunggu Bukti Hina Islam Di Kota Baru


Kit Siang masih tunggu bukti hina Islam di Kota Baru
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menuntut pihak yang menuduhnya menghina Islam dalam sebuah anjuran PAS di Kota Bharu  Ahad lalu supaya mengemukakan bukti.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata sudah 3 hari beliau menunggu pihak yang menuduhnya menghina Islam, hudud, umat Islam dan PAS tampil menunjukkan bukti.

"Tapi tak apa, saya sedia menanti 48 jam lagi sehingga bukti dakwaan tersebut dikemukakan," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau juga berkata sedia diperbetulkan kesilapannya sekiranya silap dalam ucapannya di ceramah perdana "Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan" itu.

"Sekiranya saya ada membuat sebarang kesilapan dalam ucapan saya di Kota Baru pada hari Ahad, sama ada dalam rujukan saya terhadap Sheikh Yusuf Al-Qardawi ataupun Rashid Ghannoushi, saya bersedia untuk belajar dan diperbetulkan. Tetapi tidak ada pun teguran memperbetulkan saya sepanjang 3 hari lalu.

Sebelum ini, ucapan Lim yang dikatakan mengkritik usaha pelaksanaan hudud di Kelantan dipertikaikan beberapa pimpinan PAS.

Sementara itu, pengguna media sosial mempertahankan Lim dan menyangkal kenyataan menuduhnya mengeluarkan ucapan menghina Islam.

Pengguna Facebook, @Pelaut Tua berkata: "Sya dgr ucapan lks dari mula sampai habis... apa yg kurang ajarnya... lks tak tentang hudud pun, tak anti Islam pun,.. soal boleh atau tak boleh laksana hudud dalam negara yg majmuk boleh dibincang kemudian."

@Afifi Albarr pula berpendapat seperti Lim, dengan berkata: "Tak faham, apa yang kurang ajarnya?

Dia tak hina Islam, dia tak hina hudud, dia tak hina Muslim, dia tak hina PAS, dia cakap benda yang ulama Islam sendiri cakap."

Begitu juga @Norol Hayati: "Sy pun tak faham...kat mane dlm transkrip ucapan lks yg menghina Islam dan kenyataan yg kurang ajar?

He makes effort to study and understand Islam... kita ni yg Islam bagilah contoh terbaik dan try to educate non muslim about the beauty of Islam... sy rasa malu pulak baca komen2 by nik amar sekiranya betul statement tu dtg dr dia."

Pada ceramah itu, Lim berkata DAP tidak bersikap anti Islam apabila menentang hudud kerana ia dibuat berdasarkan pertentangannya dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga mengakui DAP berusaha memahami isu hudud dengan menghantar rombongan ke negara Islam di Timur Tengah dan beliau sendiri membaca buku tulisan sarjana dan ulama Islam mengenainya.

"Kami ke Jordan dan Mesir berjumpa pelajar-pelajar kita di sana serta berbincang dengan tokoh-tokoh Islam.

"Di Jordan dan Mesir juga, yang majoriti umat Islamnya sangat tinggi, tidak ada hudud. Dan ada debat di sana (mengenai) patutkah utamakan hudud atau tidak," katanya di program yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

The Malaysian Insider

 
Mat Sabu pertahan ceramah Kit Siang
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempertahankan tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berceramah mengenai pelaksanaan hukum hudud dalam ceramah perdana di sini, Ahad lepas dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang boleh diterima. 

Beliau boleh menerima kandungan ceramah berkaitan hudud yang disampaikan oleh Kit Siang kerana dia bukan orang Islam. 

"Bila seseorang yang nak ceramah kita tidak tahu apa yang dia hendak cakap..ia bukan macam seminar atau forum kita nak bagi tajuk. 

"Itu (kenyataan Lim Kit Siang) kita serah kepada orang untuk membuat pertimbangan sebab dia bukan orang Islam, kira tidak apa lah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini. 

Beliau, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, turut berceramah pada ceramah perdana anjuran Pas Kawasan Kota Baharu itu, berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan yang diberikan penasihat DAP itu kerana terdapat lagi pihak yang mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Pandangan Mat Sabu itu bertentangan dengan Pas Kelantan yang menyifatkan tindakan Kit Siang sebagai sesuatu yang bertentangan dengan pendirian kerajaan negeri Kelantan. 

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata tindakan Kit Siang yang menyentuh isu hudud pada ceramah berkenaan sebagai tidak wajar. 

"Kita memang tahu dia sebelum ini sudah menolak hudud, namun tidak sepatutnya dia bersuara secara terbuka di rumah kita. Dia sepatutnya menghormati Kelantan," katanya. 

Pas Kelantan turut meminta Pas kawasan Kota Baharu memberi penjelasan segera berhubung menjemput Kit Siang dan tujuan ceramah itu diadakan.

Akhbar melaporkan dalam ceramah berkenaan, Kit Siang menjadikan dua buah negara iaitu Jordan dan Mesir sebagai contoh kerana mempunyai lebih 90 peratus penduduk beragama Islam namun sehingga kini tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Kit Siang dilaporkan berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, beliau mengingatkan semua parti yang berada dalam pakatan pembangkang supaya berpegang kepada janji asas yang sudah dipersetujui bersama.

- Bernama

Transkrip Ucapan Lim Kit Siang Di Ceramah "Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan"

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.