Cari Blog Ini

Masih Ramai Kurang Puas Hati 13 Jawapan Najib



[sinar]- Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib‎ Tun Razak yang menyenaraikan jawapan bagi isu dan tuduhan terhadap beliau serta kerajaan kelmarin mungkin masih tidak menyenangkan hati semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, meskipun ia tidak memuaskan hati semua orang namun setidaknya tindakan Najib itu dipuji.

“Apabila banyak persoalan yang ditanya oleh Tun Mahathir dan pembangkang Datuk Seri Najib memang tak boleh senyap, Sebab lagi beliau senyap, lagi banyak spekulasi yang timbul.

“Jadi, saya rasa kena dah cara dia menjawab walaupun melalui blog.

Cuma, mungkin jawapannya itu ramai yang tak puas hati...Tun Mahathir tak puas hati. Ini dilema politik yang dihadapi oleh beliau.

Apa saja kenyataan yang dikeluarkannya mungkin tak semua orang puas hati,” katanya kepada Sinar Online.

Najib menyenaraikan 13 isu termasuk kes Altantuya, 1MDB, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pesawat kerajaan dan Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) melalui blognya pada Ahad.

Sementara, seorang lagi penganalisis politik, Dr Mohammad Fuad Othman berkata, Najib dan Dr Mahathir sepatutnya menyelesaikan segala pertikaian melalui pertemuan empat mata bukan melalui media.

“Saya kira apa yang PM perlu buat adalah jumpa bertentang mata dengan Tun Mahathir, Sepatutnya, benda begini diselesaikan bukan di khalayak ramai.

“Oleh sebab kedua-duanya orang besar, jadi, saya kira kita perlu cari jalan supaya kedua pihak ini dapat duduk bersama mungkin perlukan orang ketiga atau orang tengah supaya masalah-masalah yang telah ditimbulkan Tun Mahathir ini boleh dibincang dengan lebih telus dan tuntas oleh keduanya.

“Daripada Tun Mahathir menyerang PM di tengah-tengah orang kemudian PM jawab balik (melalui blog), nampak tak begitu comel, tak begitu cantik.

Jadi, selesaikan isu-isu berbangkit itu bukan di khalayak ramai tapi melalui saluran yang lebih sesuai,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir berkata, pada penjelasan panjang lebar kali ini pun, Najib masih tidak menjawab semua isu yang dinyatakan.

13 Soalan, Rupanya Najib Tak Jawab Apa-Apa

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.