Cari Blog Ini

Maju Bagaimana Kalau Air Pun Tak Ada – Ku Li


kuli,isu air

[fmt]- Tengku Razaleigh Tengku Hamzah berpendapat Malaysia belum bersedia menjadi negara maju kerana kemudahan asas untuk rakyat masih belum sempurna.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, kerajaan sepatutnya memberi penekanan kepada penyediaan asas yang mencukupi kepada rakyat sebelum ghairah mencapai taraf negara maju.

Tengku Razaleigh atau lebih mesra dipanggil Ku Li berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan banyak kejayaan membanggakan yang telah dicapai kerajaan namun hakikatnya rakyat di bawah hidup susah.

“Saya sendiri berpendapat soal asas perlu ditekankan juga, Walaupun dimaklumkan bahawa kemiskinan tegar telah berkurangan dengan banyak, baguslah…itu kejayaan tapi hakikatnya rakyat susah.

“Pendapatan rakyat tak sepadan dengan kos yang meningkat. Itu satu faktor yang mesti ditekankan, Soal perbekalan air, kita di Selangor dan Kuala Lumpur pun selalu menghadapi masalah air.

“Tapi kita nak pergi ke arah negara maju, Maju bagaimana kalau air pun tak ada,” katanya mengulas Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Ku Li berkata, hasrat Najib mahu melihat ekonomi negara berkembang maju juga tidak akan tercapai sekiranya kualiti kemahiran serta produktiviti negara lemah.

“Banyak graduan kita yang susah dapat kerja, Kalau dapat kerja pun, gaji tak tinggi.

Ini yang menjadi masalah kepada kita, Bagaimana kita nak menjana semua jentera untuk memacukan ekonomi kita kalau kemahiran, produktiviti tidak begitu baik,” katanya.

“Kita tak nak wujudkan peluang-peluang (pekerjaan) , orang luar dapat kerja.

Rakyat kita tak dapat, Kalau kita tak dapat memahirkan ora‎ng-orang kita dengan kebolehan bagaimana kita nak pergi ke depan?,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.