Cari Blog Ini

Kontraktor Bumiputera Perolehi Kontrak RM7.8 Bilion Di Pulau Pinang


1462921_1073838032633646_9142000747463243795_n

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyangkal keras tuduhan liar pemimpin UMNO-BN yang mendakwa bahawa Kerajaan Negeri tidak menjaga kontraktor bumiputera dengan tidak memberikan kontrak kepada mereka.

Guan Eng berkata, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar kerana calon UMNO Permatang Pauh Suhaimi Sabudin pun mengakui bahawa beliau sendiri boleh cari makan sebagai kontraktor di Pulau Pinang serta tidak berani menafikan syarikat berkaitannya juga menerima projek yang diberikan agensi Kerajaan Negeri.

“Jumlah kontrak dikeluarkan Kerajaan Negeri sebanyak RM8.3 bilion dalam tempoh 7 tahun sejak 2008 adalah lebih besar daripada keseluruhan nilai projek yang diberikan sepanjang 50 tahun oleh Kerajaan Negeri BN sebelum 2008.

“Daripada nilai projek RM8.3 bilion ini, RM7.8 bilion diberikan secara tender kompetitif terbuka, manakala bakinya sebanyak RM496 juta adalah secara sebutharga.

“RM7.8 bilion atau 94 peratus daripada nilai projek RM8.3 bilion telah diberikan kepada kontraktor bumiputera, sekaligus menangkis fitnah dan penipuan UMNO-BN yang cuba memainkan sentimen perkauman bahawa kontraktor bumiputera tidak dijaga atau tidak mendapat kontrak Kerajaan Negeri,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, di bawah pentadbiran telus dan urus tadbir cekap, nilai pelaburan negeri juga telah meningkat sebanyak 93.6 peratus kepada RM48.2 bilion untuk tempoh 7 tahun antara 2008 hingga 2014.

11212627_1074227825928000_6250630857147873454_o

Jelasnya, peningkatan itu jauh berbeza berbanding tempoh 7 tahun pemerintahan UMNO-BN antara tahun 2001 hingga 2007 iaitu hanya RM24.9 bilion.

Selain itu, Setiausaha Agung DAP itu juga menyatakan, Kerajaan Negeri turut telah mengagihkan RM287 juta daripada lebihan belanjawan berjumlah RM453 juta terus kepada rakyat dalam bentuk tunai.

Menurut beliau, agihan tunai melalui program-program untuk warga emas, ibu tunggal, suri rumah, pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, mahasiswa serta pemandu teksi dan penarik beca juga telah membolehkan lebih 200,000 rakyat Pulau Pinang mendapat manfaat.

“Itulah yang harus dinilai rakyat dari segi aspek hasil dan prestasi pentadbiran Kerajaan Negeri yang membawa perubahan, bukannya persaingan memainkan sentimen perkauman dan ekstrimis.

“Fitnah bersifat perkauman, ekstrimis dan tuduhan liar anti-Islam juga tidak benar kerana secara faktanya Kerajaan Negeri telahpun menaikkan peruntukan hal ehwal agama lebih 100 peratus berbanding BN pada 2008,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan meneruskan projek membina lebih 22,000 buah rumah awam dan mampu milik daripada sumbangan sehingga RM1 bilion oleh Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC).

“Harga rumah ini tidak akan melebihi RM400 ribu di kawasan Pulau dan tidak melebihi RM250 ribu di kawasan Seberang Perai.

“Ini berbanding agensi Kerajaan Pusat yang membina rumah berharga RM1.8 juta di kawasan Pulau dan RM800 ribu di Seberang Perai,” katanya.

- Roketkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.