Cari Blog Ini

Kerajaan Umno BN Perlu Ambil Kira Tuntutan Himpunan #BatalGST - Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa UUM


Ambil kira tuntutan himpunan #BatalGST
Ambil kira tuntutan himpunan #BatalGST
[sinar]- Kerajaan perlu mengambil kira tuntutan rakyat dalam himpunan #BatalGST yang diadakan di ibu negara, kelmarin.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohammad Fuad Othman berkata, ini kerana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadi isu serius disebabkan pelaksanaan yang membebankan rakyat.

“Bersesuaian dengan bantahan dan luahan rakyat, kerajaan perlu laksana kajian bersifat saintifik. Sama ada benarkah GST memberi beban tambahan kepada rakyat.

“Sebab kita tahu objektif GST bantu kerajaan, itu memang bagus, Tetapi kerajaan perlu lihat juga kesannya kepada rakyat seperti disuarakan dalam bantahan #BatalGST itu,” katanya, semalam.

Kelmarin, 10,000 peserta himpunan #BatalGST berarak di sekitar ibu kota sebagai simbolik kemarahan rakyat yang dikatakan terbeban dengan pelaksanaan GST sejak 1 April lalu.

Mengulas lanjut, Mohammad Fuad berkata, meskipun himpunan tersebut tidak mewakili suara keseluruhan rakyat, tetapi ia menunjukkan ada golongan rakyat terkesan dengan GST.

“Walaupun himpunan ini didukung pembangkang, tetapi yang hadir adalah pelbagai lapisan masyarakat.

Ribuan peserta yang turun menggambarkan kegelisahan rakyat dan kerajaan perlu ambil kira dan buat pertimbangan lain,” katanya.

Menurutnya, dikhuatiri demonstrasi akan menjadi budaya rakyat Malaysia sekiranya kerajaan tidak mengendahkan tuntutan rakyat dalam himpunan tersebut.

“Jika isu itu benar-benar penting dan beri kesan menyeluruh kepada rakyat, mereka mungkin akan terus mempertimbangkan penggunaan medium demonstrasi.

Ini kerana demonstrasi boleh beri kesan serta-merta kepada kerajaan berbanding saluran lain, “Diharap kerajaan boleh sedia lebih banyak saluran lain kerana mungkin yang ada sekarang tidak memadai.

Kita tidak mahu jadi seperti rakyat Korea yang mengadakan demonstrasi setiap minggu kerana boleh beri kesan buruk kepada negara,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.