Cari Blog Ini

Kemalangan Di Lebuh Raya DUKE : Tiada Pihak Pertikai Bagaimana Kemalangan Di DUKE Berlaku - Ketua Trafik PDRM


Datuk Mohd Fuad Abd Latiff
Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kenyataan yang dibuat Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menyatakan bahawa terdapat banyak pihak mempertikaikan kemalangan yang berlaku pada 2 Mei 2015 sehingga menyebabkan tiga kematian di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Ketua Trafik Pasukan PDRM Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff menegaskan tiada pihak yang mempertikaikan bagaimana kemalangan tersebut berlaku.

"Rata-rata di dalam media sosial, isu yang dipertikaikan adalah kegiatan kereta berlumba dengan kelajuan yang tinggi sehingga menyebabkan kemalangan maut," katanya dalam satu kenyataan media malam tadi.

WAWANCARA KHAS: Saksi terawal ceritakan detik cemas kemalangan DUKE

MEDIA SOSIAL: Netizen luah rasa berang

Mohd Fuad berkata pihak Cawangan Trafik PDRM telah mengenal pasti beberapa individu terlibat yang menyebabkan berlakunya kemalangan di antara dua buah kereta MyVI dengan kereta Pajero sports di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke) Sabtu lepas.

"Siasatan terhadap kes tersebut hampir 90 peratus berjaya disiapkan," katanya lagi.

FAMILIA MYVI CLUB: 'Kami beri kerjasama, sokong pemandu Myvi bersalah dihukum' - Wakil FMC

Beliau juga menegaskan penglibatan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dalam siasatan polis tidak diperlukan kerana peranan badan itu adalah hanya untuk menjalankan penyelidikan dalam aspek keselamatan jalan raya.

"Adalah diharapkan agar pihak-pihak berkenaan untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menjana spekulasi negatif sehingga membangkitkan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap PDRM," katanya.

LUAHAN RASA: "Tangkap orang yang langgar ayah saya", luah Nur Firuza Amira kepada Zahid

TEGAS: Ini soal nyawa, 'orang dalam' pun akan diambil tindakan - Zahid Hamidi

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi Sabtu lalu, tiga sekeluarga termasuk seorang bayi tujuh bulan maut setelah kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua Myvi sebelum terbalik.

Mangsa, Fairuz Nizam Husain,35, yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga terbalik Pajero Sport yang dinaiki mangsa.

Bagaimanapun dakwaan itu masih dalam siasatan pihak polis.

- astro awani


Aziz bersama anak sulung mangsa Nur Firuza Amira
          Isu 'Orang Dalam' FMC: Kementerian Pengangkutan Janji Siasatan Telus 

[mstar]- Kementerian Pengangkutan akan memastikan siasatan kemalangan maut melibatkan tiga beranak di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dilakukan dengan telus.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata, siasatan kemalangan yang mengorbankan Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta anak perempuan mereka berusia tujuh bulan Nur Annisa Firuza, tidak boleh diambil mudah atau dilakukan secara pilih kasih.

"Biar polis lakukan siasatan dahulu, selepas selesai, tindakan tanpa pilih kasih akan dikenakan terhadap sesiapa juga. Pesalah perlu menjalani hukuman yang akan ditentukan mahkamah.

"Tidak timbul isu 'orang dalam', kerana siasatan akan dilakukan secara telus," katanya ketika menziarahi dua anak perempuan mangsa iaitu Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Akila, 3, di Batu Cave, pada Isnin.

Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan salah seorang ahli kumpulan Familia Myvi Club (FMC) yang mendakwa kumpulan itu mempunyai 'orang dalam' untuk menyelesaikan kemalangan maut yang dikatakan berpunca daripada kumpulan mereka pada Sabtu lalu.

Kenyataan oleh wanita yang dikenali sebagai Yana itu kemudian menjadi viral di laman sosial dan menimbulkan kemarahan netizen serta keluarga mangsa.

Dalam perkembangan sama Ab Aziz memberitahu, Kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula kepentingan kelab-kelab kereta di negara ini.

"Berpersatuan tidak salah, yang jadi kesalahan adalah mereka yang buat pengubahsuaian terhadap kenderaan sehingga tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, kita akan buat kajian sama ada kelab-kelab kereta ini sesuai atau tidak untuk diamalkan di negara ini," ujarnya.

Dalam pada itu, jelasnya, JPJ akan bekerjasama dengan Miros dalam membantu melengkapkan siasatan yang sedang dilakukan pihak polis.

Dalam kemalangan pada Sabtu lalu, Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta seorang anak perempuan mereka berusia tujuh bulan Nur Annisa Firuza tercampak keluar dari kenderaan selepas dirempuh Myvi yang dikatakan sedang berlumba.

Fairuz Nizam terbunuh di tempat kejadian manakala Nova Safitri dan Nur Firuza meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Semasa kemalangan, ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan di Putrajaya.


Nahas Duke: Status Yana Di FB Guris Hati Keluarga Mangsa [gambar fail]
Keluarga mangsa nahas kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Fairuz Nizam Husain meminta ahli kelab kereta Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan nahas yang meragut tiga nyawa itu di laman sosial.

Kakak mangsa, Yusnidah Hussain, 47, berkata, setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tersebut telah menguris hati ahli keluarga yang membacanya.

"Saya minta Yana berhenti memberi kenyataan yang menafikan kesalahan mereka. Apa juga yang ditulis seperti mana tersebar dilaman sosial itu hanya menguris hati kami.

"Saya harap dia memikirkan perasaan kami yang masih bersedih kerana kehilangan ahli keluarga," ujarnya ketika ditemui mStar Online, di sini, Isnin.

Yusnidah ditemui ketika Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi menziarahi dua anak perempuan mangsa iaitu Nur Firuza Amira, 7 dan Nur Firuza Akila, 3, di kediaman mangsa di Batu Cave, pada Isnin.

Tambahnya, mereka masih tidak dapat memaafkan tindakan ahli kelab tersebut yang menjadi punca kemalangan hingga mengakibatkan mereka kehilangan tiga ahli keluarga.

"Semalam (Ahad), mereka (FMC) hantar wakil untuk beri sumbangan gula dan beras kononnya sebagai tanda pendamaian, tapi kami tidak boleh terima bulat-bulat dan tidak akan memaafkan mereka dengan apa yang sudah berlaku ini," katanya.

Menceritakan pesanan terakhir adiknya sebelum terlibat dalam kemalangan itu, kata Yusnidah, arwah berkali-kali meminta agar dia membawa sekali Nur Firuza Amira, dan Nur Firuza Akila keluar berjalan.

Malahan, katanya, beberapa perubahan ketara pada diri arwah dapat dilihat beberapa minggu sebelum kejadian berlaku.

"Beberapa minggu ini setiap hari dia datang ke rumah saya dan minta saya buat air kegemarannya iaitu Nescafe dan roti bakar.

"Dia juga berpesan supaya saya bawa dua anaknya kalau keluar berjalan. Saya fikir dia bakal menunaikan haji atau umrah sekali lagi.

"Saya beritahu ibu tentang apa yang saya rasa itu sebelum berlaku kejadian ini dan tidak menyangka itu adalah pesanan terakhirnya," ujarnya.

Dalam kemalangan pada Sabtu lalu, Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta seorang anak perempuan mereka berusia tujuh bulan Nur Annisa Firuza tercampak dari kenderaan mereka selepas dirempuh Myvi yang dikatakan sedang berlumba.

Fairuz Nizam terbunuh di tempat kejadian, manakala Nova Safitri dan Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Semasa kemalangan, ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan di Putrajaya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.