Cari Blog Ini

Kejatuhan Nilai Ringgit Tidak Dapat Dijelaskan, Kata Pakar


Susut nilai ringgit tidak dapat dijelaskan, kata pakar [gambar fail]
Kejatuhan nilai ringgit, yang menjadikan ia mata wang paling teruk di Asia tahun lepas, "tidak dapat dijelaskan" dan tidak mungkin disebabkan kejatuhan harga minyak, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

"Malaysia kini merupakan pengimport bersih minyak, Kita mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport.

Jadi, kejatuhan harga minyak sepatutnya baik untuk ekonomi kita," kata Datuk Dr Mohamed Ariff, profesor ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCIEF).

Beliau berkata demikian semasa pelancaran Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unescap) mengenai kaji selidik ekonomi dan sosial di rantau ini bagi 2015.

"Kejatuhan nilai ringgit  adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. Saya rasa ringgit dinilai rendah, Baht Thai masih lebih kukuh berbanding ringgit walaupun keadaan politik di negara itu," kata Ariff.

Menurutnya, walaupun harga minyak rendah merupakan berita buruk bagi kerajaan, ia juga berita baik untuk ekonomi.

"Bagi ekonomi, kos akan menjadi lebih murah yang akan menjadikan ekonomi dalam negeri lebih kompetitif," katanya.

"Ia adalah berita buruk bagi kerajaan kerana ia bergantung sepenuhnya kepada hasil minyak," katanya, Ini, bagaimanapun, tidak menjelaskan prestasi ringgit berbanding mata wang lain di rantau ini.

"Satu-satunya sebab yang saya boleh fikirkan adalah aliran keluar modal," katanya, sambil menolak spekulasi pasaran sebagai faktor.

"Aktiviti spekulasi mata wang tidak menyasarkan satu mata wang tertentu sahaja."

The Malaysian Insider

1 ulasan:

Miss Vee berkata...

This Is What Women Really Want !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.