Cari Blog Ini

Ismail Sabri Bersalah Jika Pengundi Permatang Pauh Terpengaruh Janjinya, Kata SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya hari berkata janji dikeluarkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dibuktikan mempengaruhi pengundi Permatang Pauh sebelum dikategorikan sebagai sogokan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Mei, 2015.
Suruhanjaya Pilihan Raya hari berkata janji dikeluarkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dibuktikan mempengaruhi pengundi Permatang Pauh sebelum dikategorikan sebagai sogokan
Pengundi di Permatang Pauh perlu dibuktikan terpengaruh dengan janji Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum menteri pertanian dan industri asas tani itu boleh dikategorikan melakukan kesalahan sogokan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata selain pengundi perlu dibuktikan terpengaruh dengan kenyataan Ismail, mereka juga perlu dibuktikan terdorong untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dan tidak mengundi PKR.

“Sama ada kenyataan tersebut di bawah Seksyen 10 Akta Pilihan Raya 1954 adalah bergantung kepada siapa kenyataan tersebut dibuat dan adalah kepada pengundi kawasan tersebut.

“Jika tidak dapat bukti ada orang terpengaruh, bukan jatuh bawah sogokan Seksyen 10 tersbut.
“Kenyataan itu secara literal sahaja bukan satu sogokan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pada Sabtu menggesa SPR menyiasat Ismail atas kenyataannya yang akan menolak peruntukan pertanian jika PKR memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Katanya, kenyataan menteri itu umpama rasuah yang melanggar Perkara 10(a) Akta Pilihan Raya 1954.

Bagaimanapun, Ismail pada Ahad berkata kenyataan itu bukanlah "rasuah" pilihan raya akan tetapi lebih mudah bagi pengundi untuk mendapatkan bantuan daripada menteri BN berbanding wakil pembangkang.

"Sebenarnya saya membandingkan antara wakil rakyat Barisan Nasional dan wakil rakyat pembangkang.

Lebih mudah untuk membantu melalui wakil rakyat BN daripada melalui wakil rakyat pembangkang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ismail pada Jumaat mengingatkan pengundi di Permatang Pauh melupakan terus sebarang bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jika PKR terus menang di kawasan itu.

Beliau sebaliknya berjanji akan meluluskan sebarang projek pertanian jika calon BN, Suhaimi Sabudin berjaya mengalahkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Soal pertanian, calon kita akan boleh bangkitkan di Parlimen. Tambahan pula ini adalah kawasan pertanian.

"Saya pasti akan luluskan semua yang diminta Suhaimi, jika beliau minta."

Tegasnya, beliau tidak berminat langsung untuk berjumpa dengan Dr Wan Azizah di pejabatnya jika calon PKR itu berhasrat merayu bantuan tersebut.

"Kalau Dr Wan Azizah, tak ada sebab pun untuk saya jumpa dia.

"Sampai lobi pun kita tak bagi dia masuk, sebab dia parti lain," kata Ismail sewaktu bercakap kepada lebih 100 orang penyokong BN di kawasan itu.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.