Cari Blog Ini

Inilah Wajah Orang Yang Merampas Mic YB Rafizi Sedang Berucap Di Forum GST Dalam UIA, Didedah....



Inilah wajah yang merampas mic YB Rafizi sewaktu berucap di forum GST dalam UIA, Kejadian berlaku semasa forum berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Rafizi diundang berucap dalam majlis itu.


- IdaMan


         Rafizi cerita insiden mikrofon dirampas, diserbu SB & polis Bukit Aman

Saya kesal dengan tindakan kasar Ketua Keselamatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Razali Mohamad yang bertindak merampas mikrofon semasa saya sedang berucap di dalam satu forum mengenai GST di UIA semalam.

Saya telah dijemput oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP atau Students Representative Council, SRC) UIA untuk menyertai satu forum mengenai GST.

Saya dimaklumkan oleh penganjur bahawa pihak UIA telah meluluskan penganjuran forum ini kerana ia melibatkan wakil dari Umno (Lokman Adam) dan wakil dari Jabatan Kastam dan Eksais.

Saya juga dimaklumkan oleh MPP bahawa Rektor UIA, Dato’ Seri Dr Zaleha Kamaruddin telah meletakkan garis panduan bahawa MPP boleh menjemput ahli politik berdiskusi dalam majlis ilmu di UIA dengan syarat ahli politik itu mempunyai kelayakan dalam bidang yang dibincangkan.

Saya hanya mendapat tahu semalam bahawa pada saat akhir, Rektor UIA telah mengarahkan supaya program itu dibatalkan.

Menjelang jam 8 malam, telah timbul kekeliruan apabila saya dimaklumkan bahawa pihak UIA bersetuju agar program itu diteruskan apatah lagi kerana wakil Umno, Lokman Adam pun mahu hadir juga.

Saya telah dimaklumkan dari awal bahawa pihak Keselamatan UIA telah mengadakan sekatan jalanraya untuk menyemak setiap kereta yang masuk UIA.

Saya mengambil keputusan untuk menaiki motosikal dan berjaya memasuki UIA tanpa ditahan oleh pihak Keselamatan.

Sekitar jam 930 malam apabila saya tiba di satu ruang terbuka di mana siswa UIA telah berkumpul, saya mendapati Lokman Adam telah pun berucap.

Saya juga mendapati kehadiran pihak polis Cawangan Khas yang ramai termasuklah beberapa anggota Cawangan Khas yang datang memperkenalkan diri mereka kepada saya.

Pihak MPP UIA memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan program.

Setelah 15 minit Lokman Adam berucap, seorang pegawai Keselamatan UIA tampil mengumumkan bahawa pihak pengurusan teratas UIA telah membuat keputusan bahawa program boleh diteruskan tetapi hanya Lokman Adam yang dibenarkan berucap.

Ini menimbulkan kemarahan dan kekecewaan siswa yang hadir. Lokman Adam kemudiannya menyatakan dia akan berhenti bercakap dan mahu program dihentikan.

Pada ketika itu saya menyatakan kepada pimpinan MPP dan siswa yang hadir bahawa tidaklah adil jika saya langsung tidak dibenarkan berucap sedangkan Lokman Adam telah pun berucap selama 15 minit.

Pada ketika itulah pimpinan MPP berunding dengan pegawai Keselamatan UIA yang ada di situ dan menyatakan bahawa majlis akan berakhir setelah saya berucap selama 15 minit.

Saya dijemput berucap dan pada minit kelapan (seperti di dalam video yang dilampirkan bersama), seorang yang tidak dikenali datang menghampiri saya dari sebelah kanan.

Dalam beberapa saat itu tanpa memaklumkan apa-apa kepada saya, orang itu merampas mikrofon sehingga tercabut bateri mikrofon. Ini berlaku di hadapan beratus-ratus siswa UIA yang hadir dan menimbulkan suasana tegang.

Saya menyatakan secara terbuka kepada orang itu bahawa tindakannya adalah biadap dan tidak menghormati majlis ilmu, Cara biadapnya itu bukanlah contoh terbaik di hadapan siswa.

Saya dimaklumkan kemudian bahawa orang itu adalah Superintendent Razali Mohamad, Ketua Keselamatan UIA.

Saya juga dimaklumkan bahawa dia adalah seorang anggota polis dari Bukit Aman yang dipinjamkan kepada UIA sebagai Ketua Keselamatan.

Keadaan menjadi tegang apabila beberapa orang dewasa yang tidak beruniform menghampiri saya dan cuba untuk memaksa saya beredar dari kawasan itu.

Saya dilindungi oleh puluhan siswa UIA yang memisahkan saya dari orang-orang yang tidak dikenali ini, Beberapa dari mereka membuat bising dan mengkritik kononnya tindakan saya tidak mencerminkan seorang Ahli Parlimen.

Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa orang-orang yang tidak dikenali ini adalah anggota-anggota polis Cawangan Khas, Selepas 20 minit, saya akhirnya di bawa beredar dari kawasan itu dan siswa bersurai dengan aman.

Ini bukanlah kali pertama pengurusan UIA di bawah Rektor Dato’ Seri Dr Zaleha Kamaruddin membatalkan program ilmiah di saat akhir apabila ia melibatkan tokoh Pakatan Rakyat.

Sebelum ini pun UIA mengundang kontroversi apabila membatalkan program-program UIA termasuklah yang melibatkan menteri, wakil kedutaan asing dan Exco Kerajaan Selangor.

Kecenderungan Rektor UIA ini memberi gambaran seolah-olah UIA tidak meraikan ilmu yang dijana dari perbezaan pendapat.

Malah keputusan Rektor UIA yang membenarkan hanya wakil Umno untuk berucap semalam mendedahkan bagaimana beliau telah mempolitikkan kedudukannya bagi kepentingan Umno.

Saya juga bimbang dengan kehadiran anggota polis Cawangan Khas dalam program ilmiah yang dianjurkan oleh siswa, Malah, saya menerima aduan bahawa kehadiran polis Cawangan Khas di dalam kampus UIA ini adalah satu perkara biasa.

Tindakan-tindakan ini bertentangan dengan hasrat Kerajaan Barisan Nasional sendiri untuk menaiktaraf mutu institusi pengajian tinggi.

Untuk menjadi universiti yang berwibawa, UIA perlu menghormati kebebasan ilmu dan kebebasan berfikir.

Jika Rektor UIA tidak mampu memahami perkara asas ini, sewajarnya beliau meletakkan jawatan sebagai Rektor UIA dan mengambil jawatan baru di dalam Umno sesuai dengan kecenderongan beliau selama ini.


Rafizi Ramli
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan




                         

                         

* [Gambar & Video] Mic Rafizi Dirampas Sewaktu Berucap Di Forum GST Dalam UIA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tenguk wajahnya pun dah bolih baca.tanda hitam kat dahi tu adalah kesan tahi babi.dia lupa dia balik nanti bila beli makanan anak dan isteri dia kena GST.mungkin dia bersyukur kerana kena GST,tak seperti manusia lain ,sebab dia adalah manusia takda otak dan akal,ikut bodoh je

Tanpa Nama berkata...

Tenguk wajahnya pun dah bolih baca.tanda hitam kat dahi tu adalah kesan tahi babi.dia lupa dia balik nanti bila beli makanan anak dan isteri dia kena GST.mungkin dia bersyukur kerana kena GST,tak seperti manusia lain ,sebab dia adalah manusia takda otak dan akal,ikut bodoh je

Tanpa Nama berkata...

Seatutnya dia gunakan fikiran yang matang,berbincang dulu ,bercakap lemah lembut pasti orang akan terkedu dengan kebijaksanaa kita,tapi ini tidak ,gunakan kekrasan.tunggu satu masa nanti ketika kau dah takda jwatan,apabila mati nanti mungkin tidakada jiwa yang ingin sembahyangkan jasad kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.