Cari Blog Ini

Ibu Kami Belum Sedia Jumpa Yana FMC


'Ibu kami belum sedia jumpa Yana FMC'
Dari kiri: Ibu Nova Safitri, Wirda Syamsudin, 52, dan Normah di rumah keluarga Allahyarham di Taman Batu Muda
[sinar]- Ibu Allahyarham Fairuz Nizam Husin, Normah Toso, 65, enggan bertemu dengan seorang ahli kelab Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana FMC seperti yang diatur, petang semalam.

Difahamkan sebelum itu, pertemuan telah disahkan wakil FMC akan dilakukan di kediaman keluarga Allahyarham di Taman Batu Muda, di sini, kira-kira jam 5.30 petang.

Salah seorang ahli keluarga yang ditemui memaklumkan, satu pertemuan secara terbuka diadakan untuk Yana menjelaskan keadaan sebenar setelah keadaan kembali pulih.

“Buat masa ini mak belum lagi bersedia dan biarlah keadaan reda serta emosinya kembali stabil,” katanya, Menurutnya, ahli keluarga mahu permohonan maaf dilakukan secara terbuka apabila keluarga sudah bersedia.

Katanya, emosi keluarganya sedikit terganggu dengan kenyataan melalui aplikasi WhatApps dipercayai oleh Yana yang tersebar dalam laman sosial.

Yana FMC [gambar fail]

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.