Cari Blog Ini

Haji Hadi Sedia Tamatkan Kerjasama Dengan DAP Kerana Kabinet Bayangan !


PAS sedia tamatkan kerjasama dengan DAP - Hadi
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.

Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.

"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi bekerjasama.

Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai 'kuasa veto' untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat.

- astro awani


teo-kok-seongKabinet bayangan hanya bayangan media

Kabinet bayangan tidak pernah wujud dan apa yang diumumkan DAP semalam adalah jurucakap Parlimen, kata Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong.

Ujarnya, tuduhan segelintir pihak bahawa DAP membelakangi Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak benar sama sekali kerana kabinet bayangan itu sendiri tidak pernah wujud.

“Ada sedikit kekeliruan di sini, kerana saya amat pasti dari kenyataan semalam ia langsung tidak menyebut perkataan ‘kabinet bayangan’

“Apa yang kami bentangkan adalah jurucakap yang dibahagikan mengikut portfolio masing-masing bagi setiap Ahli Parlimen DAP, bukannya kabinet bayangan,” kata Kok Seong (gambar) ketika ditemui di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Tegasnya, pembahagian tersebut sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan kabinet bayangan kerana ia bertujuan untuk menentang BN dari segenap isu berkaitan urus tadbir.

Semalam, media melaporkan kononnya DAP mengumumkan kabinet bayangan sendiri.

Sebenarnya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng cuma mengumumkan senarai Ahli Parlimen DAP sebagai jurucakap kepada 18 portfolio untuk mencabar kerajaan dalam semua isu tadbir urus.

Menyokong kenyataan Teo, ADUN Mengkibol Tan Hong Ping berkata, pembahagian tugas mengikut portfolio bukan perkara baru kerana sudah dipraktikkan oleh DAP Johor.

“Sebagai contoh, selesai PRU ke-13, setiap wakil rakyat DAP Johor diberi tanggungjawab mengikut peranan tertentu.

“Perkara ini bukan soal kabinet bayangan, tapi bagi memupuk dan mengukuhkan keupayaan wakil rakyat dalam parti dan saya sendiri diberi tanggungjawab memantau masalah air.

“Pembahagian ini adalah penting, supaya kami dapat bersedia apabila telah mendapat mandat di Nusajaya mahupun Putrajaya kelak,” ujarnya.

- Roketkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.