Cari Blog Ini

GST Prabayar Pun BN Tak Mampu Selesai, Apa Lagi Janji P’raya


[kd]- Barisan Nasional (BN) tidak mampu melaksanakan manifesto pilihan raya di PRK Permatang Pauh kerana isu mudah seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dikenakan terhadap tambah nilai prabayar telefon tidak mampu diselesaikan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, janji BN dalam pilihan raya kecil menerusi kempen dan manifesto hanya ditinggalkan sebaik ia berakhir.

“Sebab itu apabila BN melancarkan manifesto di Permatang Pauh, saya tidak yakin ada pihak mengambil serius mengenainya.

“Kalau janji mengekalkan tambah nilai BN tidak boleh buat, apakah lagi janji lain di kawasan yang memang kubu kuat Pakatan Rakyat,” kata Rafizi dalam sidang media, lapor SelangorKini.

Beliau berkata, sehingga kini langkah diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya mendiamkan menteri daripada membuat kenyataan gagal mencari penyelesaian.

Kata Rafizi, perkara itu boleh diselesaikan mudah menerusi situasi menang-menang kepada semua pihak berkaitan dengan kerajaan mengumumkan ia kadar sifar atau dikecualikan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.