Cari Blog Ini

GST Kad Prabayar : Rakyat Kena Tipu Lagi !


GST kad prabayar telefon berdasarkan penggunaan, kata Shabery [gambar fail]
Kabinet hari ini bersetuju kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan prabayar telefon akan dikenakan berdasarkan penggunaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan kerajaan juga setuju kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 dengan pengguna masih mendapat nilai yang sama.

"Cukai GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan, Kerajaan berpandangan, cara ini adalah lebih wajar kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Shabery berkata pelaksanaan GST berdasarkan penggunaan akan berkuatkuasa sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan lagi, dan buat masa ini penggunaan akan dikenakan caj seperti biasa.

"Kerajaan mahu pihak telco melaksanakan kaedah dan pendekatan ini sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan.

Sementara itu, pengenaan GST atas tambah nilai prabayar diteruskan pada kaedah sedia ada sehingga formula 'beli RM10 dapat RM10' dilaksanakan," katanya.

Tambahnya lagi, bagi mengimbangi kesan pelaksanaan GST, kementerian akan meminta pihak telco menurunkan tarif.

The Malaysian Insider


     GST prabayar tingkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi, kata Shabery

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini berkata pengguna kad nilai prabayar perlu faham dengan membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi.

"Kita tidak hanya melihat keperluan pengguna dari segi kemampuan mampu miliknya tetapi juga perkhidmatan, Apa guna murah tetapi panggilan putus tidak ada 3G tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp.

"Kerana itu tanggungjawab syarikat telco untuk mempertingkatkan perkhidmatan," kata menteri komunikasi dan multimedia itu pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Shabery ditanya kemungkinan keputusan kerajaan yang tetap melaksanakan GST pada nilai kad prabayar akan menaikkan kemarahan pengguna.

Terdahulu, Shabery mengumumkan kerajaan mengambil keputusan mengenakan GST hanya berdasarkan penggunaan perkhimatan prabayar, dan pengguna tetap menikmati nilai prabayar RM10. Keputusan itu bagaimanapun akan hanya dilaksanakan dalam masa 6 bulan.

Sejak pelaksanaan GST pada 1 April lalu, pelbagai pihak membantah cukai itu dikenakan bagi kad nilai prabayar.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada awalnya berkata akan mengenakan tindakan terhadap syarikat telco yang mengenakan GST ke atas pengguna.

Bagaimanapun, Jabatan Kastam kemudiannya memutuskan caj GST pada kad nilai prabayar tetap akan dikenakan.

Susulan kekeliruan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  mengarahkan hanya Shabery sahaja yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Shabery berkata keputusan kabinet hari ini mengenai kaedah pengiraan kadar GST prabayar telefon akan dilanjutkan dalam perbincangan dengan syarikat telco, dan proses itu akan mengambil 6 bulan.

"Kita perlu masa untuk ganti sistem baharu, kalau kita buat ia akan timbul masalah komunikasi kerana industri ini sebesar RM15 bilion, jadi perlu dikaji sebaik- baiknya," katanya.

Beliau berkata keputusan tersebut dilihat sebagai situasi menang-menang apabila kerajaan masih boleh mengutip cukai dan  memulangkan kembali hasilnya kepada rakyat.

"Kita laksana GST, anda bayar RM10 dan anda akan dapat kurang, kerana itu kita minta syarikat telco mengurangkan harga supaya anda dapat nilai yang sama atau lebih," katanya.

Katanya pendekatan itu wajar kerana pengguna masih menikmati nilai yang sama selagi tidak digunakan.

Tambahnya, pelaksanaan GST mengikut penggunaan tidak mustahil dilakukan memandangkan sektor telekomunikasi  yang semakin murah.

"Kalau dulu, setiap panggilan atau SMS kita dikenakan caj yang mahal, namun sekarang hanya 1 sen bagi setiap SMS," katanya.

Sejak pelaksanaan GST pada 1 April lalu, pelbagai pihak membantah cukai itu dikenakan bagi kad nilai prabayar.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada awalnya berkata akan mengenakan tindakan terhadap syarikat telco yang mengenakan GST ke atas pengguna.

Bagaimanapun, Jabatan Kastam kemudiannya memutuskan caj GST pada kad nilai prabayar tetap akan dikenakan.

Susulan kekeliruan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  mengarahkan  hanya  Shabery sahaja yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

- The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.