Cari Blog Ini

GST : Berhenti Berbohong Dengan Rakyat Tentang Kad Prabayar




Sandiwara Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato Sri Ahmad Shabery Cheek mempertahankan syarikat-syarikat telekomunikasi dan berbohong bagi pihak mereka adalah satu pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat.

Shabery dilaporkan telah mengumumkan semalam bahawa harga kad prabayar kembali ke harga asal, namun pengguna masih tetap dikenakan Cukai Barangan dan Pekhidmatan (GST) berdasarkan penggunaan.

Pengumuman itu ternyata satu muslihat apabila kad prabayar dengan harga lama tersebut tidak mengecualikan GST dan pengguna hanya menerima nilai kredit RM9.43 bagi kad prabayar yang berharga RM10.00.

“Pengumuman Shabery itu jelas adalah satu pembohongan kerana pengguna tidak lagi menerima kredit RM10 bagi setiap pembelian RM10.

Sebaliknya, mereka hanya menerima RM9.43 perkhidmatan panggilan untuk setiap RM10 yang dibayar,” ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
 
“Langsung tidak ada beza berbanding kenaikan penuh kontroversi oleh syarikat telekomunikasi pada 1 April lalu apabila pengguna perlu membayar RM10.60 untuk mendapat nilai kredit RM10,” tambahnya.

Sebelum GST dilaksanakan pada 1 April lalu, pengguna menerima kredit RM10 bagi setiap pembelian kad prabayar berharga RM10 kerana syarikat telekomunikasi telah menyerap cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan ke atas mereka sebelum ini.

Dengan menggunakan peralihan cukai lama kepada GST sebagai satu muslihat, Tony mendakwa Shabery bersubahat dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk mengenakan kenaikan harga sebanyak 6%.

Menurut Tony lagi, Shabery sepatutnya tahu bahawa sikap mengambil kesempatan oleh syarikat telekomunikasi bagi menaikkan harga bukan sahaja melanggar Akta Anti Pencatutan, malah turut melanggar klausa persaingan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tahun lalu, walaupun menyerap cukai 6%, Maxis Communications, Digi Telecommunications dan Celcom Axiata masing-masing mendapat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.44 billion, RM2.65 billion dan RM3.1 billion,”

“Secara keseluruhan, mereka telah mengutip sebanyak RM12.8 bilion keuntungan daripada perkhidmatan prabayar,” tambah Tony lagi sambil bertanya kenapa kerajaan begitu teruja mahu membantu syarikat-syarikat ini menambah keuntungan mereka.

“Pentadbiran Najib mesti hentikan sikap bermuka-muka mengambil tindakan terhadap peniaga kecil kerana didakwa mencatut harga, sementara jerung besar dilepas bebas,” tegas Tony.

- Roketkini


K'jaan setuju prabayar 'RM10 dapat RM10'

Selepas kekusutan berkaitan harga selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerajaan bersetuju dengan formula “beli RM10 dapat RM10” untuk harga tambah nilai prabayar telefon.

Jabatan Penerangan berkata kabinet bersetuju dengan cadangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu dan meminta syarikat telekomunikasi (telco) menurunkan tarif perkhidmatan.

“Kerajaan mahu pihak telco melaksanakan kaedah dan pendekatan ini sepenuhnya dalam tempoh enam bulan,” menurut tweet jabatan itu.

Jabatan penerangan juga menggesa telco menawarkan pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) pada 5 Mei lalu berkata beliau akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian tambah nilai prabayar telefon dengan formula 'beli RM10, dapat RM10'.

Ahmad Shabery, yang ditugaskan mengendalikan isu itu, mengakui wujud kekeliruan dan percanggahan kenyataan dalam isu itu, oleh yang demikian, beliau memohon maaf.

Pihak kastam sebelum ini mengarahkan telco menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April.

Namun, arahan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei ditangguh selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat kenyataan bahawa agak mustahil perkara itu dilaksanakan kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula sistem bagi menyelaraskan harga jualan.


                                 Caj GST prabayar ada, tapi bayar bila guna

Walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dikenakan ketika menambah nilai prabayar telefon, cukai itu akan tetap dikenakan berdasar penggunaan.

“Cukai GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan ataupun usage-based.

“Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih wajar kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Bagaimanapun, katanya, walaupun lebih kos dikenakan, faedahnya akan dikembalikan kepada rakyat melalui penambahbaikan kualiti perkhidmatan telekomunikasi.

“Kaedah ini saya anggap menang-menang kepada semua pihak,” katanya dalam sidang media di kementerian itu di Putrajaya.

“Pertama kerajaan masih dapat kutip GST untuk dikembalikan pada rakyat. Ini tanggungjawab syarikat telekomunikasi memastikan pembangunan infrastruktur (meningkatkan kualiti perkhidmatan telco), kerajaan boleh tambah perkhidmatan lain.”

'Tak guna murah kalau tiada 3G'

Tambahnya tidak ada guna sekiranya rakyat menginginkan perkhidmatan atau barangan yang murah tetapi tidak berkualiti.

“Apa guna murah tetapi panggilan putus tidak ada 3G tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp,” katanya.

Selepas kekusutan berkaitan harga selepas GST, kerajaan hari ini bersetuju dengan formula “beli RM10 dapat RM10” untuk harga tambah nilai prabayar telefon.

Menurut Jabatan Penerangan kabinet meminta syarikat telekomunikasi (telco) melaksanakan kaedah dan pendekatan itu sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

Menteri bertanggungjawab sebelum ini mengakui wujud kekeliruan dan percanggahan kenyataan dalam isu itu dan memohon maaf.

Pihak kastam sebelum ini mengarahkan telco menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April.

Namun, arahan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei ditangguh selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat kenyataan bahawa agak mustahil perkara itu dilaksanakan kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula sistem bagi menyelaraskan harga jualan. 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alasan untuk nak menekan rakyat begitu mudah kenapa semasa hendak menaikancas kenaiak kofugerasi mudah dibuat dan sistem begitu cepat boleh operasi dan bila hendak menurunkan harga kofugerasi amat sukar macamlah semua rakyat semua bodoh dengan system komputer kerajaan mesti ingat komputer sekarang lebih pantas dari system yang dikompugerkan janganlah nanti rakyat mengelar menteri buta komputer pula,kalu nak beri alasan biarlah boleh ditwerima akal yang waras bukan otak lembu yang boleh dibuat masak lemak.

Miss Vee berkata...

This Is What Women Really Want !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.