Cari Blog Ini

[Gempar] Cincin Terlekat Di Kemaluan, HKL Minta Bantuan Bomba



[mstar]- Doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terpaksa memanggil pasukan Bomba Dan Penyelamat selepas seorang lelaki muncul di wad kecemasan dengan sebentuk cincin terlekat di zakarnya.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada HKL kira-kira pukul 3.45 petang meminta bantuan untuk mengeluarkan cincin yang terlekat di zakar mangsa.

Pasukan mereka tiba pada pada pukul 4.20 petang dan terpaksa memotong cincin di sekeliling zakar lelaki berusia 44 tahun itu.

"Kami cuba untuk bercakap dengan dia semasa prosedur tetapi dia terlalu malu untuk bercakap dan hanya memberitahu cincin tersebut baharu dibelinya di Amerika Syarikat, Selepas itu dia tidak bercakap lagi dengan kami.

Cincin yang berjaya dipotong
"Selama tempoh 29 tahun sebagai ahli bomba, saya tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini," jelas pegawai yang mengetuai operasi tersebut.

Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat berjaya memotong cincin itu kira-kira pukul 5 petang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.