Cari Blog Ini

[Gambar & Video] Mic Rafizi Dirampas Sewaktu Berucap Di Forum GST Dalam UIA



                                       Pergelutan dalam forum GST di UIA

[mk]- Pergelutan kecil berlaku di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selepas pihak keselamatan kampus merampas pembesar suara dari Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ketika beliau sedang berucap.

Kejadian berlaku semasa forum berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Rafizi diundang berucap dalam majlis itu.

Selepas tindakan itu, mahasiswa mengebu pihak keselamatan dan cuba berhujah dengan mereka sebelum berlaku tolak menolak.

Selepas beberapa kali ditenteramkan, presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA Hanif Mahpa membatalkan acara itu.

“Jika kami teruskan forum, kami akan hadapi tekanan daripada pihak keselamatan, yang kami rasa tidak perlu,” katanya.

Seramai 300 orang menghadiri acara itu.




                          

                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.