Cari Blog Ini

[Gambar] Anggota Polis Maut, Kenderaan Langgar Gelung Besi Yang Terjatuh Dari Sebuah Treler


[sumber gambar dari whatsapp]
Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta polis jenis Proton Preve yang mereka naiki melanggar gelung besi yang terjatuh dari sebuah treler dalam kejadian di KM153.8, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat sini pada pukul 6 pagi tadi.

Anggota yang maut Sarjan Che Omor Ab Ghani, 53, merupakan anggota polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera manakala Ketua Cawangan Khas IPD Bera, Asisten Superintendan Zulkifli Nasir cedera parah.
  
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, dipercayai kejadian berlaku di laluan Chenor-Maran menghala ke timur itu berlaku selepas kenderaan dinaiki mangsa gagal mengelak gelung besi yang terjatuh dari sebuah treler di lorong laju.
  
"Akibat itu, mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala Zulkifli dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Katanya, polis masih menyiasat kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukankah Preve ni Ancap 5star? Dgn 6 airbag pun mati?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.