Cari Blog Ini

[Dedah] PAS Kantoikan CEO Tabung Haji Ada Jawatan Dalam 1MDB !


Pengurusan Tabung Haji Orang Berkepentingan Dalam 1 MDB..?
1. Pusing sana-pusing sini rupa-rupanya pihak pengurusan tertinggi Tabung Haji adalah orang besar juga dalam 1MDB.

2. Saya merujuk kepada berita The Edge hari ini dan menyemak nama-nama tersebut di laman web Tabung Haji dan 1MDB, Sungguh mengejutkan, Ianya secara tidak langsung menzahirkan kewujudan elemen "conflict of interest"..

3. Siapakah mereka itu..? ;

a) Tan Sri Ismee Ismail, CEO dan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

b) Dato' Johan Abdullah, Timbalan CEO dan Timbalan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan Pengerusi anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Edra Energy Sdn Bhd.

c) Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias, Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji merupakan Ahli Panel Penasihat 1MDB.

4) Isu ini begitu besar kerana Tabung Haji merupakan insitusi milik ummat Islam.

Duit yang disimpan oleh pendeposit itu adalah hasil titik-peluh mereka untuk menunaikan Haji, Maka amatlah zalim jika Tabung Haji dipergunakan oleh orang politik untuk menyelamatkan 1MDB yang sedang mengalami masalah kritikal apabila hutangnya kini sudah pun mencecah RM 42 Billion.

5) Bukankah Tabung Haji dan 1MDB adalah institusi dan syarikat yang sama di bawah seliaan kerajaan pusat.?

Hebat perniagaan mereka ini, Tanah dulu dibeli oleh 1MDB hanya RM60/kaki kemudian sekarang dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM2860/kaki..

6) Adakah ummat Islam masih boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat kebobrokan yang dilakukan oleh pemerintah ini..?

Kesemua yang bersekongkol dengan projek menyelamatkan 1 MDB yang hampir karam ini perlu diingatkan, Mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi perlu menjawab juga di Mahkamah Allah kelak.

Amanah rakyat usahlah dipermainkan sebegitu sahaja...#sumber

Catatan oleh

Syed Ahmad Fadhli
Penyelidik di Pusat Penyelidikan PAS


                            Tabung Haji pula jadi Hero Penyelamat 1 MDB..?

1. Sejak semalam tersebar pendedahan sebuah blog, The Benchmark0 mengenai wang Tabung Haji digunakan untuk membail-out 1MDB, syarikat milik kerajaan Malaysia.

2. Blog tersebut mendedahkan kertas cadangan berstatus sulit mengenai cadangan Tabung Haji untuk membeli 2 plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) kepunyaan 1 MDB dengan jumlah keseluruhan nilai itu RM 772 Juta.

3. Harga tanah dijual oleh 1MDB kepada Tabung Haji ialah;

Plot 1: RM2860/squarefeet, = RM194 Juta
Plot 2: RM3,900/squarefeet = RM578 Juta

 4. Dulu, 1MDB membeli tanah tersebut daripada kerajaan dengan harga yang jauh lebih murah;

Plot 1: RM60/squarefeet = RM4 Juta
Plot 2: RM90/squarefeet = RM8.9 Juta

Mengapa pula kini Tabung Haji membelinya daripada 1MDB dengan harga sehingga 48-65 kali ganda..?

Plot 1, dulu RM 4 Juta, sekarang RM 194 Juta
Plot 2, dulu RM 8.9 Juta, sekarang RM 578 Juta

5. Walaupun semalam Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Rahim telah menafikan pendedahan tersebut dan meminta pihak pengurusan Tabung Haji membuat penjelasan tetapi kenyataan rasmi Tabung Haji tengah hari tadi secara tidak langsung telah mengesahkan mengenai pembelian tanah Plot 1.

Plot 1 tersebut masih diteruskan pembeliannya dengan harga diskaun iaitu RM 188.5 Juta yang akan digunakan untuk projek pembinaan apartment 40 tingkat.

Pihak Tabung Haji hanya menafikan pembelian Plot 2 kerana kertas cadangan yang bocor itu bukanlah keputusan muktamad kata mereka.

6. Jikalau benar pendedahan blog tersebut, Amatlah malang dan menyedihkan bagi pendeposit Tabung Haji kerana wang mereka digunakan sewenangnya demi menyelamatkan 1MDB yang sudah hampir karam itu.

Kononnya 1MDB itu telah mendapat keuntungan pelaburan di Cayman Island, wang berbillion Ringgit sudah dibawa pulang dan disimpan di Singapura sedangkan wang tersebut hilang entah ke mana.

Hutang 1MDB ini bukan sedikit, Bukan Juta, Tetapi mencecah RM 42 Billion..!

1 Malaysia Development Berhad ini adalah syarikat pembangunan strategik kepunyaan Kementerian Kewangan yang mana Pengerusi Lembaga Penasihatnya ialah PM Najib.

7. Maka, usahlah kita hairan mengapa Mantan PM, Tun Dr Mahathir begitu lantang mengkritik dan menggasak PM Najib berkenaan 1MDB ini.

Adakah ekonomi Malaysia dan kewangan kerajaan akan stabil jika terus membela dan mempertahankan syarikat bermasalah ini..?

Jikalau orang sepintar Tun Mahathir sudah bersuara menegur kesilapan kerajaan dalam hal ini, takkanlah kita rakyat biasa masih memandang enteng hal ini.?

8. Sudahlah rakyat tertekan dengan bebanan GST., Pada masa sama wang rakyat terus dibelanjakan dengan senang hati oleh kerajaan untuk menutup kegagalan mereka menguruskan 1MDB.

Gelombang dan arus perubahan sudah mula tampak terzahir dalam kalangan Pengundi Felda dan generasi muda pada PRK Rompin, Semoga ia terus bersemarak dan kekal berterusan sehinggalah ke PRU 14 yang akan datang..#sumber

Catatan oleh

Syed Ahmad Fadhli
Penyelidik di Pusat Penyelidikan PAS (PPP)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.