Cari Blog Ini

Dapat BR1M Diam Tapi Merungut Bila Barang Naik, Kata Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kesal rungutan rakyat kerana kenaikan harga barang akibat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebaliknya hanya berdiam diri menerima bantuan tunai, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Najib yang juga menteri kewangan berkata kerajaan sedar berlaku kenaikan harga barang akibat pelaksanaan GST namun beberapa pendekatan timbal balik juga dapat dirasai rakyat.

"Kita perlu memahami bukanlah hasrat kerajaan menyusahkan rakyat. Kita perkenalkan GST dengan menambah BR1M umpamanya sebanyak RM300 pada tahun ini.

"Malangnya bila dah dapat duit, banyak yang senyap. Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan.

"Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan 1%-3%, pengurangan cukai korporat dan sebagainya," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Khas Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini.

Najib berkata, kerajaan akan melakukan pemantauan bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga barang selepas pelaksanaan GST.

Katanya, pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan digesa menjalankan penguatkuasaan dapat memastikan pihak yang bersalah segera dibawa ke muka pengadilan.

"Saya akui memang ada rungutan dan persoalan daripada rakyat yang kurang faham tentang pelaksanaannya.

Sehubungan ini, kita perlu memantau keadaan ini dengan mendapat maklumat timbal balas daripada rakyat untuk mengetahui sama ada rungutan mereka itu ada asas atau disebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan.

"Umpamanya, kalau dulu barangan itu dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), bila SST dimansuhkan dan digantikan dengan GST, sepatutnya mereka kurangkan harga dan tambah 6%.

Apa yang berlaku mereka mengekalkan harga dan tambah 6%.

“Kes seperti inilah kita minta pihak berkuasa khususnya untuk terus melaksanakan penguatkuasaan yang menyeluruh dan berterusan dan sesiapa yang terbukti melakukan kesalahan dari segi pencatutan yang berlebihan mesti dihadapkan ke mahkamah seberapa segera yang boleh,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu memahami GST adalah satu pembaharuan sistem percukaian yang lebih efisien dan efektif bagi meletakkan asas kewangan fiskal negara pada keadaan lebih kukuh.

"Kalau kita terus bergantung kepada sistem percukaian (SST), kita mungkin menghadapi akaun semasa fiskal defisit umpamanya. Ini kerana hasil negara berkurangan berikutan kejatuhan harga minyak,” katanya.

The Malaysian Insider

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib anak Babi Tunggal ini tahu atau tidak bahawa BR1M yang beliau beri amat minima (8% berbanding 100% beban GST) jika dibandingkan dengan kos atau harga GST yang perlu dibayar oleh rakyat marhaen dalam negara ini. Rakyat terutama Melayu yang undi UMNO/BN umpama memilih anak babi untuk diletak atas kepala mereka sepanjang lima tahun pemerintahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.