Cari Blog Ini

DAP Kecam Langkah Kerajaan Hantar Pulang Pelarian Rohingya


Thailand Rohingya
Pelarian Rohingya dihalang memasuki Malaysia, Indonesia dan Thailand (Gambar Huffington Post)
DAP menyelar keputusan kerajaan menghantar pulang pelarian Rohingya yang masih berada di perairan utara semenanjung.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, Malaysia sebagai pengerusi ASEAN wajib melindungi pelarian Rohingya dan menentang sebarang tindakan menghantar mereka pulang ke Burma.

“Dunia kini melihat Asia Tenggara dan menuntut kewibawaan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN dan melindungi pelarian Rohingya.

“Mereka tidak boleh dihantar kembali ke Burma untuk berdepan kematian dan penganiayaan.

“Sokongan yang diberikan kepada masyarakat Palestin dan Syria haruslah diperluaskan kepada Rohingya,” tegas Charles.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, kira-kira 500 pelarian yang tiba di Pualu Pinang dan Langkawi dihantar semula ke Rohingya.

Menurut Junaidi, arahan itu adalah mesej bahawa pelarian Rohingya tidak dialu-alukan ke Malaysia.

Selain Malaysia, Indonesia dan Thailand turut mengambil sikap sama untuk menghantar kapal pelarian ke tempat asal mereka.

“Ini adalah tindakan tidak berperikemanusiaan dan kejam. NGO yang memantau bot pelarian memberitahu lebih 8,000 orang masih terkandas di perairan Asia.

“Masyarakat Rohingya telah menderita selama beberapa dekad ini di bawah penindasan tentera Burma,” jelas Charles.

Tambah Charles, ASEAN sepatutnya malu mengaku sebagai blok rakyat, sedangkan terus bersikap mementingkan diri dan tidak melindungi masyarakat Rohingya yang disifatkan PBB sebagai paling teraniaya di dunia

“Daripada mengaku sebagai masyarakat penyayang. sepatutnya Malaysia, Indonesia dan Thailand perlu menghantar tentera laut untuk menyelamatkan orang Rohingya dan Bangladesh yang berada di perairan kita itu.

“Saya berharap Malaysia tidak menahan masyarakat Rohingya ke pusat tahanan di Langkawi untuk dihantar semula ke Burma secara rahsia.

“Jika gagal berbuat demikian, ketiga-tiga negara telah menjadi punca tragedi penindasan beramai-ramai,” tegas Charle.

- Roketkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.