Cari Blog Ini

BR1M : Najib Cuba Salahkan Gabenor Bank Negara



[kd]- Penafian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pemberian Bantuan 1Malaysia (BR1M) bukan rancangan politik untuk menarik pengundi hanyalah alasan semata-mata.

Adun Bandar, Azan Ismail berkata, Najib kini cuba menyalahkan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan dasar itu sedangkan ia jelas merupakan kegagalan pengurusan wang kerajaan.

“Pada 2010, Najib yang bentangkan dalam parlimen bahawa kerajaan cadang untuk beri duit bagi meringankan beban rakyat ekoran kos sara hidup yang tinggi.

“BR1M adalah kegagalan besar dalam pengurusan wang negara, BR1M dikatakan mahu pulihkan ekonomi rakyat tetapi tidak tercapai, Itu tanda-tanda gagalnya BR1M dan sekarang Najib ingin salahkan orang lain,” katanya.

Menurut Azan, BNM hanya berfungsi untuk menguruskan kewangan namun tidak mempunyai kuasa untuk memberikan wang tersebut kepada rakyat.

“Bank Negara bukan fungsinya beri wang kepada rakyat, Mereka tidak ada kuasa, Ia uruskan kewangan berpandukan keputusan kerajaan, Arahan mesti datang dari PM atau menteri kewangan,” katanya ketika dihubungi.

Azan juga berkata, Najib seolah-olah menjadikan BNM sebagai kambinghitam dan meletakkan kesalahan itu di bahu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

“Gabenor Bank Negara ini dilihat sebagai sasaran dan dikambing hitamkan kerana terdapat ura-ura Najib ingin mencadangkan adiknya sebagai Gabenor Bank Negara yang baru.

“Ini adalah salah satu cara untuk Gabenor Bank Negara meletak jawatan,” katanya, Jesteru itu, Azan meminta supaya Zeti tampil kehadapan untuk menjawab kenyataan perdana menteri itu.

“Gabenor Bank Negara perlu tampil untuk menerangkan, menjawab dan memberi penjelasan kepada umum supaya kradibilitinya tidak terjejas kerana beliau pernah dinobatkan beberapa kali sebagai gabenor bank terbaik di dunia,” katanya.

Najib hari ini menafikan BR1M adalah rancangan politik untuk menarik pengundi, sebaliknya ilham daripada BNM.

Katanya, skim itu merupakan cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara untuk menolong 40 peratus rakyat berpendapatan rendah dan bukan membeli undi.


                              BR1M idea Bank Negara, tiada tujuan politik, kata Najib

Bantuan tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan cadangan Jawatankuasa Fiskal Bank Negara Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, menolak dakwaan ia mempunyai tujuan politik.

Berucap pada program perasmian projek perumahan rakyat Melana Indah, Johor Baru pagi ini, Najib berkata dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang BR1M akan menjadikan rakyat malas adalah tidak benar, sebaliknya ia menolong 40% rakyat peringkat bawahan.

"Kita akan terus menolong rakyat untuk menangani kos sara hidup rakyat, Kita perkenalkan BR1M, Tun (Mahathir) kata BR1M buat rakyat malas, Dia tak setuju.

"Tapi BR1M bukan buat kita malas. Ia jaringan keselamatan, memindah kekayaan negara dalam jangka masa pendek," kata Najib, di depan kira-kira 15,000 hadirin.

Beliau turut mengajukan soalan sama ada BR1M menjadikan mereka semakin malas.

"Saya nak tanya tuan-tuan hari ini, Berapa ramai yang terima BR1M, apakah BR1M jadikan tuan-tuan malas?" disambut teriakan "Tidak!" oleh mereka yang hadir.

"Nak teruskan?" soalnya, dan dijawab "Nak!, "Kalau tidak mahu BR1M boleh pulang balik, kita mansuhkan,” katanya.

Najib berkata BR1M yang disalurkan kepada rakyat berpendapatan rendah bertujuan membeli keperluan harian, dan kerajaan tidak boleh disalahkan sekiranya penerima membelanjakannya untuk perkara tidak bermanfaat.

"Gunakan BR1M membeli keperluan harian, beli gula, susu, pakaian anak, Jangan beli rokok dan barangan yang tidak perlu, kalau beli rokok, bukan salah kerajaan. Tuan-tuan yang tentukan,” katanya.

Disember lepas, Dr Mahathir berkata Najib melakukan kesilapan besar dengan memberikan bantuan wang tunai secara "one-off".

"Daripada kita memberikan wang tunai, lebih baik kita berikan latihan dan kemahiran, Saya sudah kata kepada Najib tetapi beliau percaya 'duit itu raja' dan boleh mendapatkan sokongan," katanya.

Dr Mahathir sebelum itu pernah menyifatkan BR1M sebagai rasuah, "Bantahan utama saya ialah kerana pemberian wang pada skala begitu sangat kelihatan seperti rasuah," katanya.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, BR1M akan dirombak semula pada tahun depan dan hanya akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah untuk membeli barang keperluan asas sahaja.

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, kerajaan juga menimbang sistem kupon makanan seperti yang digunakan Amerika Syarikat (AS), iaitu memberi baucer tunai kepada penerima yang layak.

BR1M kini diberikan dalam bentuk tunai kepada isi rumah berpendapatan RM4,000, Tahun depan, agihan BR1M akan diberikan secara berperingkat sebanyak tiga kali.

BR1M ditingkatkan sebanyak RM300 dalam pembentangan Bajet 2015 pada minggu lalu.

Isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dinaikkan bantuan daripada RM650 kepada RM950, manakala individu berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 diberi bantuan RM750.

- The Malaysian Insider

1 ulasan:

Miss Vee berkata...

Lagi Gambar .. Jom Terjah !! >>> KLIK HERE !! <<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.