Cari Blog Ini

Bohong Isu Wang 1MDB Di Bank Singapura Satu Kesalahan Jenayah Kata Mahathir



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan segala keterangan berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung wang berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion) yang dipindahkan dari Cayman Islands adalah tidak benar.

Menerusi tulisan terbaru di blognya, chedet.cc, Dr Mahathir berkata segala keterangan berhubung perkara tersebut sebelum ini melanggar peruntukan di bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.

Dr Mahathir yang juga bekas menteri kewangan berkata kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun di bawah undang-undang itu.

"Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh bilion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya.

"Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat," tulis beliau.

BACA: 'Mengarutlah suruh orang berhenti bercakap tentang 1MDB' - Tun M

BACA: Najib tidak jawab persoalan yang dibangkitkan - Tun M

BACA: Wang ini bukan milik Tabung Haji, kenapa guna untuk selamatkan 1MDB? - Tun M

Dr Mahathir merujuk jawapan parlimen perdana menteri pada 10 Mac di mana Najib berkata jumlah wang itu ditebus sepenuhnya dalam bentuk tunai dan kini disimpan di BSI Bank Limited Singapore.

Bagaimanapun, Khamis lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan, dalam jawapannya kepada ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, menyatakan tiada tunai dalam bank tersebut tetapi hanya "aset dalam dolar AS".

"Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan yang perdana menteri membohong.

"Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis perdana menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

"Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik," tulisnya lagi, "Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.

"Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah AS$1.103 bilion (RM3.6 bilion), dimasuk dalam bank BSI, tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank.

"Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai," tulis beliau lagi.

BACA: Najib tolak dakwaan 1MDB peroleh penyata palsu BSI

BACA: 1MDB: Baki dana pelaburan ditebus dengan aset, bukan wang tunai - Najib

BACA: Biarkan Ketua Audit Negara siasat 1MDB terlebih dahulu - Najib

Dr Mahathir berkata, Bank Negara Malaysia sudah tentu dimaklumkan oleh penguasa kewangan Singapura, Monetary Authority of Singapore, yang dana itu bukan berbentuk wang tunai, tetapi ia dirahsiakan.

"Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang dilakukan apabila Najib menjawab soalan yang wang tunai disimpan dengan Bank BSI di Singapura," katanya.

astro awani

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.