Cari Blog Ini

Belia Lebih Suka Undi BN Berbanding PR



[sinar]- Kebanyakan pengundi yang tergolong dalam golongan belia lebih terbuka untuk mengundi BN berbanding PR.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Dr Amer Saifude Ghazali berkata, dalam setiap kempen pilihan raya, PR seharusnya menumpukan  usaha untuk memenangi hati semua lapisan masyarakat khususnya golongan belia.

“Terdapat dua golongan pengundi di setiap kawasan mengundi di seluruh negara. Golongan yang pertama adalah golongan veteran manakala golongan kedua pula golongan belia.

“Di Permatang Pauh, kami mendapati PR disokong oleh kebanyakan pengundi veteran, manakala kebanyakan pengundi belia pula memilih BN,” katanya.

Katanya lagi, maklumat tersebut diperolehi semasa melakukan kajian akumulatif semasa Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh berlangsung.

“Ini merupakan hasil kajian yang dapat kami rumuskan. Data-data yang diperoleh adalah menerusi kajian yang dilakukan sebelum pengundian dijalankan dan kami juga menggabungkan data peratusan pengundian untuk mendapatkan keputusan yang tepat.

“PR perlu anggap ini sebagai satu masalah yang serius. Mereka harus beri perhatian terhadap golongan belia untuk kenal pasti apa sebenarnya yang dimahukan oleh golongan ini,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.