Cari Blog Ini

Bekas Menteri Besar Selangor Kecewa Dengan PAS, Dah Tak Minat Dengan PAS Lagi


Muhammad Taib kecewa lagi
[fmt]- Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib mengakui beliau kecewa dengan PAS.

Katanya, kepimpinan sekarang telah mengabaikan pendekatan yang pernah diambil bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang prihatin dengan penyokong bukan Islam.

“Nik Aziz dulu menunjukkan kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka, “Kita mahukan seorang tokoh alim seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin.

Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ni lain.

Kini kita nampak tak lagi nampak macam tu,” katanya dalam Forum “Mencari Pemimpin Baru Malaysia” di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menurutnya, perubahan yang berlaku menyebabkan beliau semakin jauh hati dengan Pas dan tidak menolak kemungkinan meninggalkan parti itu seperti mana rakannya yang lain.

“Sekarang dah tak minat sangat dah,” katanya Sahabat saya Thamrin dah cabut lari awal-awal, Dia (Tamrin) kata (PAS sekarang) mengarut, Tapi saya bertahan lagi.

“Tengok bulan enam (Jun) ni macam mana,” kata beliau merujuk kepada muktamar tahunan PAS yang dijadual diadakan di Kuala Selangor,” katanya.

Selepas Bekas Menteri Besar Selangor Kecewa Dengan PAS, Aishah Pula Luah Kekecewaan Terhadap PAS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.