Cari Blog Ini

Azeez Abdul Rahim Enggan Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Tabung Haji, Walaupun Didesak


Azeez: ‘Saya tidak akan letak jawatan’
[sinar]- Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji yang disandang sejak 2013.

Menurut Abdul Azeez, ini kerana beliau tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merugikan TH.

“Selama dua hari ini saya diam daripada memberikan sebarang maklum balas, Saya tunggu sebab saya nak tahu apa isu yang akan dimainkan.

“Rupa-rupanya isu politik dan mereka mahu kaitkan saya sebagai pengerusi TH.

Apa kena mengena? Kalau saya rugikan duit TH, bolehlah desak saya letak jawatan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendesak agar Abdul Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi TH kerana dikatakan memberi kenyataan bercanggah berhubung pembelian tanah daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, beliau juga telah membuktikan kredibiliti apabila berjaya menambah jumlah dividen yang diterima pendeposit di TH.

“Sebelum ini, TH bayar dividen 5.5 peratus. Alhamdulillah, secara kebetulan sejak saya jadi pengerusi dan rakan-rakan lain dalam lembaga pengarah sertai TH, kita bayar dividen 6 peratus (bonus tahunan) tambah 2 peratus (bonus haji) jadi 8 peratus pada 2013.

“Tahun lalu pula kita bayar 6.25 peratus (bonus tahunan) tambah dua peratus (bonus haji) sebanyak 8.25 peratus,” katanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang muka jenis mamak kutty tak tahu malu ini mula orang politik tak sedar diri yang kita itu tidak ada ilmu yang tinggi tapi berlagak macam tahu semua dilantik kejawtan itu pun sebab pandai bodek sampai peluk bini najib dan cium tangan,itulah maknusia jenis tak tau fikir asalkan bos suruh ikut saja.

Tanpa Nama berkata...

manusia yang takde maruah diri saje yang takkan terasa apa2 wlupon dah buat silap... ciri2 menteri/krooni/penyokong umno

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.