Cari Blog Ini

Apa BN Pulau Pinang Buat Untuk Kurangkan Beban Akibat GST ? - Lim Guan Eng


Teng Chang Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas pembohongan Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow yang mendakwa belanja operasi kerajaan negeri tidak tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Guan Eng berkata, tuduhan Teng bahawa operasi Pulau Pinang berjumlah RM100.25 juta seperti gaji dan pembayaran pencen dikecualikan GST adalah mengarut sama sekali.

Ujarnya, bukan hanya gaji dan bayaran pencen (tidak tertakluk kepada GST) dimasukkan dalam belanjawan operasi, tetapi kos pentadbiran dan bekalan tertakluk kepada GST.

“Saya ingin tegaskan, belanjawan operasi kerajaan negeri 2015 adalah RM887.24 juta, bukannya RM100.25 juta seperti didakwa Teng.

Ujarnya, GST menyebabkan masalah kewangan, memaksa banyak perniagaan seperti kedai runcit, kedai perkakas dan kedai perubatan tradisional Cina ditutup.

“Saya tidak mahu membuang masa dengan orang seperti Teng yang hanya pandai membuat serangan peribadi tapi lari dari menangani isu-isu rakyat.

“Bolehkan Teng menjawab mengapa beliau menyokong dan bukannya menentang GST dan apa yang beliau lakukan untuk mengurangkan beban rakyat akibat GST?” soal Guan Eng.

Pada masa sama, beliau juga menyambut baik usaha kerajaan Terengganu yang turut sama mengecualikan GST selama setahun bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan.

Namun katanya, berbanding Terengganu yang hanya menanggung beban GST selama setahun, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menanggungnya setiap tahun, dengan jumlah RM15.631 juta dan RM5.83 juta.

“GST sama sekali tidak adil, apabila perkhidmatan kerajaan, projek-projek pembangunan seperti binaan jalan, longkang, pasar dan dewan orang ramai untuk kepentingan rakyat serta bukan untuk bukan keuntungan adalah tertakluk kepada GST.

“Itu sebabnya apabila Johor mengumumkan mereka akan menyerap GST bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan memohon pengecualian daripada Kementerian Kewangan, ia adalah protes serta penentangan terhadap GST,” tegasnya.

Menurut Ahli Parlimen Bagan, sebelum Johor membuat pengumuman itu, hanya Pulau Pinang saja yang membantah perkhidmatan kerajaan yang tertakluk kepada GST.

Guan Eng pada 4 Mac lalu telah menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta pengecualian GST, namun sehingga kini tidak mendapat sebarang jawapan.

- Roketkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.