Cari Blog Ini

Allahyarham Ustaz Azizan Dianugerahkan Tokoh Murabbi Negara


Ustaz Azizan dianugerahkan Tokoh Murabbi Negara
Amar (dua, kiri) menyampaikan sijil dan anugerah kepada Faekah (kanan), semalam
[sinar]- Bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dianugerahkan Tokoh Murabbi Negara sempena Himpunan Pendidik Islam 3.0 peringkat Kebangsaan di Kompleks Pas Kedah semalam.

Allahyarham Tan Sri Azizan
Difahamkan, anugerah itu diberikan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Allahyarham kerana berjaya memimpin parti dan Kedah sebelum ini.

Penyampaian anugerah itu disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Amar Nik Abdullah kepada isteri Allahyarham, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 26 September 2013 akibat jangkitan kuman pada darah, selain masalah kencing manis.

Allahyarham mula menyertai Pas pada 1978 di England dan bergiat aktif dengan Pas di Malaysia pada 1986.

Bekas Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga memenangi kerusi Dun Sungai Limau sejak 1995 hingga 2013.

Allahyarham dilantik Menteri Besar Kedah selepas Pas dan PR berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRU12, Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dianugerahkan Tokoh Murrabi Ummah.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Terengganu (1999-2004) tidak menyangka akan menerima penganugerahan itu, “Terima kasih kepada semua pihak yang memberi penganugerahan bermakna ini kepada saya,” katanya.

Abdul Hadi kini adalah Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia sejak 2014.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.