Cari Blog Ini

1 Malaysia Di Perbodohkan, GST Kad Tambah Nilai Prabayar Dikekalkan


[gambar fail]
[sinar]- Kerajaan hari ini mengumumkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas penggunaan kad tambah nilai prabayar akan dikekalkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengguna tidak akan dikenakan GST semasa membeli kad tambah nilai, sebaliknya hanya akan membayar cukai tersebut apabila menggunakan nilai yang dikreditkan ke nombor telefon bimbit masing-masing.

"Kerajaan berusaha mencontohi negara-negara lain yang turut mengenakan cukai ini ke atas penggunanya.

Pengguna tidak akan dibebankan dengan GST ketika membeli kad tambah nilai terbabit, sebaliknya hanya dikenakan GST ketika membuat panggilan, menghantar SMS dan sebagainya.

"Ia sama seperti penggunaan kad 'Touch n Go' dan bayaran tempat parkir kereta yang dikenakan cukai ini.

Mereka hanya dicukaikan semasa penggunaan khidmat-khidmat ini," katanya ketika menjawab soalan (BN-Tanah Merah), Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Ikmal Hisham sebelum itu meminta beliau menyatakan usaha kerajaan bagi memastikan syarikat telekomunikasi mengkaji semula GST yang dikenakan ke atas kad prabayar.

Jelas Ahmad Shabery, bagi mengimbangi kesan GST, pihak kerajaan akan meminta pihak syarikat telekomunikasi menurunkan tarif perkhidmatan bagi penggunaan panggilan dan mesej.

"Kami (kerajaan) sedang berusaha mencari jalan supaya pelaksanaannya boleh diterima dan dipakai dengan baik pada masa hadapan.

"Kami juga menggesa syarikat-syarikat ini menawarkan pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar," katanya lagi.


                            Cari formula terbaik selesai isu GST kad prabayar

Kerajaan mencari formula terbaik seperti yang diguna pakai di negara lain dalam menyelesaikan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad prabayar telefon, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini bagi memastikan pengguna mendapat nilai terbaik ke atas kad prabayar seperti yang dibayar mereka.

Beliau berkata, kerajaan sedang berusaha cari jalan yang terbaik, sistem terbaik yang digunakan di negara-negara lain dalam perkara itu untuk dicontohi.

"Jika kita melihat konsep yang lebih besar apabila pengguna membeli kad prabayar, mereka hanya memindahkan nilai wang biasa ke bentuk wang digital ke dalam telefon bimbit mereka seperti penggunaan kad Touch'n Go misalnya, jika mahu membayar tempat letak kereta (guna Touch'n Go) barulah GST dikenakan," katanya menjawab soalan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah).

Ikmal Hisham mahu kementerian menyatakan apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula GST yang dikenakan ke atas kad prabayar.

Pada 13 Mei lepas, Ahmad Shabery berkata kabinet bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan.

Beliau berkata GST untuk tambah nilai kad prabayar akan dikenakan atas penggunaan iaitu apabila pengguna menggunakannya dan berpandangan cara ini adalah lebih sesuai kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan.

Ahmad Shabery berkata syarikat-syarikat telekomunikasi dikehendaki melaksanakan kaedah dan pendekatan 'beli RM10 dapat RM10' sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

Bagi mengimbangi kesan pengenaan GST, beliau berkata kementerian telah meminta syarikat telekomunikasi untuk menurunkan tarif perkhidmatan mereka dan juga digesa menawarkan pakej-pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.