Cari Blog Ini

Selepas Mahathir, Giliran Pak Lah Pula Tekan Najib


Giliran Pak Lah tekan Najib
[mk]- Seorang lagi tokoh tampil mendesak perdana menteri supaya jangan terus berdiam diri terhadap kritikan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi reaksi kepada kritikan dibuat Dr Mahathir.

"Najib perlu melakukan sesuatu. Sesiapa yang menjadi perdana menteri bertanggungjawab (untuk memaklumkan) kepada rakyat," katanya di sidang media selepas menghadiri forum anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia hari ini.

"Beliau tak boleh mendiamkan diri, kan?" katanya.

Abdullah berkata, menjadi perkara biasa bagi seseorang pemimpin menyuarakan pandangannya kepada rakyat.

Katanya, Najib perlu melakuka sesuatu bagi menangani serangan Dr Mahathir kerana jika tidak, ia akan memberi kesan buruk kepada Umno dan masyarakat.

Ditanya sama ada Najib perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri atau sebaliknya, Abdullah berkata: "Dia mesti membuat keputusan itu."

Sementara itu ditanya apa yang perlu dilakukan pihak lain yag terbabit dalam persengekataan Najib - Dr Mahathir, Abdullah berkata: "Cuma buat kerja masing-masing, sudah."


                                 "Buat kerja masing-masing sudah lah" - Pak Lah

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kritikan demi kritikan yang berlaku dalam landskap politik negara termasuk pentadbiran kerajaan kini tidak akan membawa apa-apa kebaikan.

Malah, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM, itu juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjawab persoalan yang diutarakan.

"Dia kena buat sesuatu sebab dia pemimpin parti dan negara. Takkan dia tak tau langsung," ujar Abdullah ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar Biodiversiti dan Konservasi: Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan di sini hari ini.

Mengulas mengenai peralihan kuasa yang dicadangkan Tun Mahathir,  Abdullah berkata "biarlah Najib tentukan, sebab dia yang ada kuasa. Buat kerja masing-masing sudah lah."

BACA: Tun M beri tekanan lagi kepada Najib, persoalkan 1MDB

BACA: GST patut dibatalkan - Tun M

BACA:
Najib tidak terlibat langsung kes Altantuya - Tun Abdullah

Dr. Mahathir baru-baru ini meluahkan kekecewaannya dalam laman blog miliknya (www.chedet.cc), dengan mengatakan beliau bersendirian dalam melontarkan kritikan ke atas pentadbiran kerajaan yang diketuai Najib.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dilanda kemelut hutang dan sehingga kini masih tiada jawapan, selain turut menyentuh isu pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

astro awani

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.