Cari Blog Ini

Pemuda PAS P. Pinang Yang "Kebudak-Budakan" Kata Ahli Jawatankuasa Pusat PAS


Cuma Hadi boleh nasihat 'budak' PAS

[mk]- Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Hanipa Maidin berkata, presiden parti itu perlu turun sendiri ke Permatang Pauh untuk membantu Pakatan Rakyat dan menasihati Pemuda PAS Pulau Pinang yang "kebudak-budakan."

Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan kesibukan sesuai dengan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Dunia hingga perlu memberi komitmen amat tinggi menangani masalah ummah di peringkat global, Presiden PAS itu boleh mengambil langkah lebih mudah dengan mengeluarkan arahan rasmi kepada dewan pemuda PAS negeri.

Katanya, langkah itu perlu diambil bagi menyelesaikan segera kemelut "yang tidak sepatutnya timbul" itu.

Hari ini Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah, mengeluarkan kenyataan menolak membantu calon Pakatan yang bertanding dalam pilihan raya keci Permatang Pauh.

Yusni (gambar) juga mendakwa pemimpi pemuda PAS kawasan di Pulau Pinang kecewa dengan pendekaan diambil ketua mereka sendiri, Suhaizan Kaiat yang cuba menyelesaikan konflik berkenaan.

Rasa tidak puas hati Pemuda PAS Pulau Pinang timbul ekoran kenyataan dibuat pemimpin Angkatan Muda Keadilan negeri berkenaan.

Dalam kenyataanya hari ini, Hanipa percaya ramai ahli PAS kecewa dengan sikap dan keputusan Yusni memboikot kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

"Pemuda PAS Pulau Pinang yang biasa dengan istilah wala' sepatutnya tidak ada masalah untuk memahami bahawa keputusan PAS mengikat mereka.

Mat Sabu, Tuan Ibrahim tak dilayan

"Sewajarnya ketua pemuda negeri mengarahkan semua jenteranya memberi sokongan padu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Amat malang pemimpin terbabit memilih untuk tidak melayan - jauh sekali menghormati - segala kenyataan dan arahan Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Suhaizan Kayat" katanya.

Sementara itu, seorang lagi AJK Pusat PAS Nasruddin Tantawi berkata, terlalu awal untuk mengheret pemimpin pemuda parti itu ke jawatankuasa disiplin untuk diambil tindakan.

Dalam kenyataannya di akaun Facebok Nasruddin berkata, pihak yang berkenaan perlu melihat dulu apakah asas tindakan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang ketika ini.

"Jangan terburu-buru mahu menghukum anak buah sendiri sedang asas tindakan mereka adalah kerana sayang kepada jemaah dan memelihara maruah pucuk pimpinan,” katanya.

Pemuda PAS Sokong Tindakan Disiplin Atas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang

* "Boikot Kempen PKR Di Permatang Pauh" Ketua Pemuda PAS P. Pinang, Mohd Yusni Mat Piah Didakwa Mempunyai Agenda Peribadi !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.