Cari Blog Ini

Muhyiddin Calon Terbaik Ganti Najib, Kata Mahathir


Mungkin ada lebih layak, tapi Muhyiddin calon terbaik ganti Najib, kata Dr M
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mungkin ada calon yang lebih layak untuk menjadi perdana menteri seterusnya, namun calon terbaik pada masa ini ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, ia selaras dengan tradisi Umno yang mengangkat timbalan presiden Umno bagi menggantikan perdana menteri.

"Saya tak mahu menyinggung semua pihak, "Menurut tradisi politik Umno, timbalan presiden adalah yang terbaik untuk ambil alih.

"Mungkin ada yang lain lebih layak, tetapi lebih baik kita ikut tradisi yang timbalan presiden ambil alih," katanya pada sidang media seleps dialog "Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M" di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang cadangan calon perdana menteri baru memandangkan beliau mutakhir ini semakin kerap berkempen menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Ditanya tentang cadangan beberapa pihak mengatakan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah calon terbaik menggantikan Najib, Dr Mahathir menyerahkan perkara itu kepada ahli Umno.

"Itu terpulang kepada Umno," katanya.

Tengku Razaleigh Hamzah, lebih dikenali sebagai Ku Li, merupakan pengasas Petronas dan bekas menteri kewangan.

Beliau seteru Dr Mahathir dalam pemilihan Umno pada 1987 yang membawa kepada perpecahan Umno dan penubuhan parti Semangat 46 yang diketuainya.

Nama Ku Li disebut sebagai calon paling layak menjadi perdana menteri yang baharu oleh bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim, dan bekas setiausaha Najib, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.

Cadangan tersebut disokong ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.