Cari Blog Ini

Mahathir Belasah Ahmad Maslan Pula, "Ahmad Maslan Tidak Tahu Apa-Apa Tentang Kewangan"



Selepas Datuk Ahmad Maslan menuduhnya tidak memahami cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritiknya kembali, mengatakan timbalan menteri kewangan itu tidak tahu apa-apa tentang kewangan, lapor Malaysiakini.

"Saya tak tahu apa yang dia cakap, "Dia jaga kewangan tetapi dia tak tahu apa-apa tentang kewangan," katanya.

Ahmad sebelum ini mendakwa Dr Mahathir tidak faham GST dan ia merupakan punca bekas perdana menteri itu mencadangkan Putrajaya menghapuskan cukai yang membebankan rakyat itu.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penjelasan yang betul tentang GST.

"Peratusan GST lebih rendah berbanding SST (cukai jualan dan perkhidmatan).

Jadi bagaimana dia boleh kata lebih baik kerajaan batalkan GST," kata Ahmad yang juga ahli Parlimen Pontian itu dipetik sebagai berkata sebelum ini.

Beliau juga menggesa pihak yang rapat dengan Dr Mahathir memberi penjelasan lebih lanjut tentang GST kepadanya ‘tanpa dipengaruhi komen negatif pembangkang’.

The Malaysian Insider


                   


Tun M masih tidak faham GST - Ahmad Maslan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan masih belum memahami sepenuhnya maksud cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, Dr Mahathir juga mungkin masih belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini.

Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.....Baca Di Sini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.