Cari Blog Ini

Kerajaan Umno BN Sudah Tidak Waras, Terus Menekan Rakyat Sampai Lesung Batu Pun Kena GST !


lesungLesung batu pun kena GST – Johari

[kd]- Isu rakyat terutama pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terus menjadi bahan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P44 Permatang Pauh.

Dalam ceramahnya, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan kerajaan Umno BN yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja membelakangi rakyat malah sudah tidak bertindak waras apabila terus menekan rakyat.

Ini berikutan tindakan kerajaan mengenakan GST ke atas hampir semua barangan termasuk beberapa barangan pelik.

“Betapa teruknya Umno dan Barisan Nasional apabila mengenakan GST termasuk barang yang tidak masuk akal langsung.

“Antaranya lesung batu, pengayak tepung dan sudah tentu produk makanan.

Dalam senarai panjang itu cuma lengkuas saja tidak dikenakan GST,” kata Johari disambut sorakan penyokong yang hadir di tapak expo tersebut.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat memahami kesan peningkatan kos hidup akibat pelaksanaan cukai tersebut dan mempertahankan kerusi kubu kuat KEADILAN di Permatang Pauh sebagai isyarat rakyat menolak GST.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah namanye kerajaan pengkhianat pada agama bangsa dan negara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.