Cari Blog Ini

Calon BN PRK Permatang Pauh Cuma Bahan Uji Kaji BN !


Suhaimi cuma bahan uji kaji BN di Permatang Pauh – Saifuddin
[kd]- Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin hanya bahan uji kaji Barisan Nasional (BN).

“Calon BN itu sebenarnya bahan uji kaji BN saja bagi kerusi di Permatang Pauh ini. Sebelum bertanding lagi, nama Suhaimi dicalonkan bersama beberapa nama yang lain.

“Ada nama-nama lain itu pula terdiri daripada calon-calon yang berbeza latar belakang dan akhir sekali baru namanya (Suhaimi) dicalonkan.

“Keadaan ini berbeza dengan calon KEADILAN, yang sememangnya dari peringkat awal lagi telah sebulat suara memilih Presiden kami, Datuk Dr Wan Azizah (Wan Ismail),” katanya pada sidang media di Dewan Yayasan Aman Permatang Pauh.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim kononnya Mohamed Azmin Ali menjadikan Wan Azizah bahan uji kaji sebagai batu loncatan buat Timbalan Presiden KEADILAN itu mencapai cita-cita peribadinya menjadi orang nombor satu di dalam parti.

Menyanggah dakwaan itu, Saifuddin menegaskan, tidak pernah wujud keadaan sedemikian kerana KEADILAN sentiasa berpendirian teguh menyokong kepimpinan Wan Azizah bagi meneruskan kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.

PRK Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, KEADILAN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon bebas.

PRK tersebut bakal berlangsung 7 Mei ini dan pengundian awal pada 3 Mei, Parlimen itu mempunyai 71,820 pengundi berdaftar dengan 627 pengundi awal.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.