Cari Blog Ini

Ugut Halau Golongan Fakir Miskin Dan Gelandangan Di Ibu Kota, Semoga Ku Nan Mendapat Hidayah Di Bulan Ramadan Ini


“Semoga Ku Nan mendapat hidayah” – Lim Lip Eng [gambar fail]
Setiausaha DAP Kuala Lumpur Lim Lip Eng menganggap usaha Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang berniat ‘membersihkan’ golongan fakir miskin dan gelandangan di ibu kota menunjukkan beliau sememangnya memandang jijik golongan itu.

“Sangat mengejutkan apabila seorang menteri ternyata tidak pun mempedulikan nasib rakyat miskin malah mahu menghukum mereka pula.

Bukan itu sahaja, mereka yang menderma juga mahu disamannya.

“Ini sangat luar biasa. Saya belum pernah melihat seorang Muslim yang begitu keras hatinya sehingga sanggup mengeluarkan arahan sebegini dangkal di bulan mulia ini, ketika umat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Tengku Adnan mengeluarkan arahan bahawa sesiapa yang didapati memberi sedekah akan disaman.

Beliau juga menghalang mana-mana badan sukarelawan untuk meneruskan kegiatan agihan makanan percuma dalam lingkungan dua kilometer daripada kawasan Bukit Bintang.

Arahan itu dikeluarkan kononnya untuk menjaga imej negara dan segera mengundang kritikan ramai, termasuk daripada kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur yang menyifatkan kerajaan tidak berhak menentukan tempat mereka menjalankan agihan makanan.

Laman Facebook Tengku Adnan juga diserang ramai pengguna Facebook yang meninggalkan komen menghentam beliau dan memuat naik poster bertulis “feeding people is not a crime.”

Sehubungan itu, Lip Eng menggesa Adnan cepat-cepat bertaubat, apatah lagi di bulan Ramadan ini ketika amalan seperti besedekah sangat dianjurkan agama.

“Di bulan yang mulia ini, saya rasa begitu pelik melihat seorang menteri Umno beragama Islam tiba-tiba mengisytihar perang terhadap amal kebaikan, bersedekah dan memberi makan fakir miskin.

“Rakan-rakan Melayu dalam DAP mengajar saya bahawa, apabila matinya seseorang Muslim, terputuslah daripadanya semua perkara kecuali tiga: anak yang baik yang mendoakannya, ilmu yang bermanfaat dan sedekah.

“Maka saya menggesa beliau menarik balik arahan yang tidak berperikemanusiaan itu. Semoga Ku Nan mendapat hidayah,” katanya lagi.

- Roketkini


Selepas ugut halau, Ku Nan baru fikir wujudkan rumah perlindungan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rumah perlindungan yang akan dibangunkan dengan selesa itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

"Barangkali kita akan membeli empat buah rumah kedai empat tingkat di Lorong Haji Taib untuk diubah suai (menjadi rumah perlindungan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada 500 penerima termasuk fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di sini semalam.

Sementara itu, mengulas pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan 'Soup Kitchen' Selasa ini, Tengku Adnan berkata ia akan menjernihkan salah faham berkaitan kenyataan beliau sebelum ini selain membincangkan lokasi lebih sesuai untuk mereka meneruskan aktiviti amal.

"Saya mengalu-alukan mereka membantu kita memberi makanan kepada gelandangan malah saya sampai sekarang pun ada memberi sumbangan dalam bentuk beras kepada Soup Kitchen di Jalan Imbi.

"Jadi kita akan bincang dengan mereka bersama DBKL bagaimana untuk selesaikan masalah ini secara baik kerana kita nak juga memastikan bahawa gelandangan ini terbela," katanya.

Khamis lepas, Tengku Adnan berkata Soup Kitchen tidak lagi dibenar beroperasi dalam lingkungan 2 kilometer dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata langkah itu adalah usaha kerajaan bagi membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah serta gelandangan dan aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan kepada mereka, mencemarkan imej bandar raya, terutama dari segi kebersihan.

- Bernama


Pemuda UMNO mahu Kementerian, DBKL bantu NGO tolong gelandangan - KJPemuda UMNO mahu Kementerian, DBKL bantu NGO tolong gelandangan

Pemuda Umno mahu Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolong golongan gelandangan dan pengemis di ibu negara.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya berharap kementerian tersebut dan DBKL dapat bekerjasama supaya NGO dapat meneruskan usaha mereka membantu golongan berkenaan.

"Kalau sekiranya ada NGO yang ingin membantu dari segi pemberian makanan dan sebagainya mereka harus dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Dari segi tempat boleh ada perbincangan dengan DBKL supaya pemberian itu dapat diberikan secara tersusun di kawasan yang sesuai," katanya kepada pemberita sebelum Majlis Pengagihan Zakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Jias di sini, hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini dilaporkan berkata kementeriannya bersama DBKL akan mengenal pasti lokasi sesuai bagi penempatan golongan itu dengan menyediakan bangunan seperti konsep 'Anjung Singgah' yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

Antara yang akan disediakan di premis itu adalah makanan berkhasiat secara percuma dan NGO dialu-alukan  menyumbang makanan.

- Bernama


                                   'Arahan Ku Nan bodoh, tak masuk akal'

[mk]- Ketua sayap pemuda NGO pro-Melayu PERKASA Irwan Fahmi Ideris berkata, kerajaan sepatutnya mengutamakan operasi membanteras kegiatan judi dan maksiat di ibu kota dan bukannya membasmi golongan miskin di bandar.

Ketua Wira PERKASA itu berkata, tindakan berkenaan, termasuk menyekat operasi NGO yang memberi makan percuma kepada warga miskin dan gelandangan itu hanya mendedahkan kelemahan kerajaan.

"Lebih baik menteri membasmi kegiatan kedai mesin judi, pelacuran dan perniagaan haram yang terbukti sangat berleluasa di Kuala Lumpur sebelum membuat arahan kurang cerdik..," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menganggap arahan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor itu "bodoh dan tidak masuk akal" yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang menteri.

"Dalam suasana Ramadan yang mana ramai mengambil kesempatan untuk bersedekah, menteri mengeluarkan kenyataan bodoh dan tidak masuk akal.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.