Cari Blog Ini

Senjata Api Buatan Sendiri Semakin Berleluasa Di Sarawak !


Di Sarawak, Polis risau kewujudan senjata api buatan sendiri semakin berleluasa [gambar fail]
Polis Sarawak bimbang dengan kewujudan senjata api buatan sendiri yang banyak dikesan di negeri itu.

Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata walaupun senjata terbabit hanya diguna untuk berburu, pemilikan senjata api tanpa permit masih satu kesalahan.

“Kebanyakan senjata api-senjata api yang dirampas dalam Ops Cantas di Sarawak ialah senjata api buatan sendiri bukan senjata api seludup.

Ini membimbangkan kita,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Sehubungan itu beliau meminta pemilik senjata api buatan sendiri agar menyerahkan senjata masing-masing kepada pihak polis secara sukarela untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau yang ditanya mengenai situasi penyeludupan senjata api jenis ‘air rifle’ dari negara jiran, turut berkata isu itu masih terkawal.

Mengulas isu militan di Sarawak, Muhammad Sabtu berkata setakat ini polis tidak mengesan kewujudan aktiviti sedemikian di negeri itu.

“Kita akan terus mengawasi dan memantau pergerakan mana-mana pihak. Kita tidak akan alpa keadaan sekarang dan aktiviti militan ini,” katanya.

Menurutnya polis juga mengawasi dan memantau pergerakan warga asing yang memasuki negeri itu.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.