Cari Blog Ini

PKR, DAP Kutuk Keganasan Israel Di Gaza, Umno Berdiam Diri !


[hd]- Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya serangan zionis terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sewaktu umat Islam kini menjalani ibadah Ramadhan.

Beliau turut kesal dengan sikap pemimpin negara Islam, terutama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam menyatakan bantahan, lapor KedilanDaily K.

“Kita kutuk sekeras-kerasnya dan kita kesal kerana lambatnya negara Islam bertindak malah OIC baru nak bersidang,” katanya.

Sementara itu, DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan rejim zionis Israel yang meneruskan serangannya di Tebing Gaza, serta mendesak masyarakat antarabangsa segera campur tangan bagi menghentikan peningkatan jumlah kematian di sana.

Roket Kini melaporkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, serangan itu lebih terkutuk memandangkan kepimpinan Hamas sendiri sudah menyeru satu gencatan senjata bagi menamatkan pertempuran terbaru itu.

Menurut laporan BBC 9 Julai lalu, jurucakap Hamas Osama Hamdan berkata, rundingan gencatan senjata tahun 2012 dapat disambung semula jika Israel menghentikan serangan ke atas wilayah itu dan membebaskan warga Palestin yang ditahan sepanjang dua minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya seruan gencatan senjata Hamas disambut dengan lebih banyak serangan roket daripada Israel, dan diikuti dengan serangan balas daripada Hamas juga.

Oleh itu, ujarnya keadaan kini semakin tidak terkawal dan ramai orang awam, termasuklah kanak-kanak dan wanita menjadi korban.

“Maka kami mengecam tindakan gasar Israel membunuh kanak-kanak dan wanita tidak berdosa. Setakat ini, hanya mereka yang menderita dengan musnahnya rumah dan kehidupan.

“Mengambil kira kehebatan persenjataan Israel, timbul persoalan terhadap kadar serangan balas (konflik kali ini) yang hanya mengorbankan warga Palestin, sedangkan warga Israel terus selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


gazaNajib jangan duduk diam, segera desak Israel-Zionis henti serangan atas Gaza

Tindakan kejam tentera rejim Israel yang melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza awal pagi semalam sehingga mengakibatkan 12 terbunuh dikecam sekeras-kerasnya rakyat seluruh negara termasuk Malaysia.

Serangan terbaru rejim zionis di wilayah bergolak itu nyata mendapat perhatian semua pihak, apatah lagi ia dilakukan ketika umat Islam seluruh dunia sedang menjalani ibadah Ramadan.

Kecaman terhadap tentera pengganas itu tersebar luas di laman sosial antaranya Facebook yang menjadi sasaran pengguna untuk meluahkan kemarahan mereka, di samping ada yang berdoa supaya kekejaman itu segera berakhir.

Seorang pengguna, Mohd Umar, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kepimpinannya perlu memainkan peranan dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera zionis itu dan mendesak Israel segera menghentikan serangan.

Katanya kerajaan pusat tidak boleh berdiam diri dan hanya bertindak sebagai pemerhati dengan melihat lebih banyak nyawa terkorban di bumu Palestin.

“Najib, Khairy Jamaluddin dan Jabatan Perdana Menteri lihatlah saudara seagama kita sedang dibedil oleh yahudi laknaktullah sehingga anak Islam mati dibunuh kejam.

komen 3

“Apa yang kita bantu mereka, bantuan ketenteraan? Tiada. Bahkan orang yang ingin berjihad di sana dituduh militan dan pengganas dan ingin menangkap mereka.

“Di manakah sifat kemanusian kamu bila melihat saudara seagama mati dibunuh dengan kejam, Ya Allah, Engkau turunkanlah bala pada mereka yang memusuhi Islam,” katanya.

Nafiz Veera pula berpendapat, umat Islam sudah lama bangkit, namun kepimpinan negara menyebabkan rakyat tersekat dan akan dituduh militan jika tampil membantu.

komen

“Jika kita pergi tolong, kita dituduh militan, pengganas, pemberontak dan akan kena tangkap tangkap dengan polis.

Ya Allah, sampaikan tentera isis khalifah daulah islamiah ke sana, menangkan mereka, lemah dan kalahkan musuh…amin,” luahnya di Facebook.

“Kalau Allah mahu hancurkan orang-orang kafir mudah bagiNya, cuma Allah nak lihat apa orang Islam akan buat bila saudara seagama dibunuh,” kata Iskandar Mokhtar.

Seorang lagi pengguna, Rabu Ali pula berkata, “wahai negara-negara Islam, keluarkanlah tentera jihadmu demi untuk Allah, jangan hanya pandai cakap sahaja, Allahuakhbar!”

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawia berkata parti Islam itu sentiasa berdiri teguh bersama Hamas untuk mempertahankan Gaza serta mahu pembebasan diberikan kepada rakyat Palestin.

PAS juga menggesa dunia antarabangsa khususnya negara Islam supaya membantah keras apa yang dilakukan oleh Israel selain bersatu untuk mempertahankan hak penduduk Palestin.

“Sepanjang Ramadan ini, kita dan seluruh pimpinan serta rakyat negara ini akan terus mendoakan bumi Gaza diberi perlindungan oleh Allah SWT dan kekuatan kepada mereka untuk menentang zionis,” katanya kepada Harakah Daily.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 12 terbunuh apabila pesawat tempur tentera Israel melepaskan bedilan roket ke Semenanjung Gaza bermula awal pagi semalam dalam kempen terbaru rejim Zionis di wilayah bergolak itu.

Di tengah Gaza seorang lelaki terbunuh berhampiran kem pelarian Nusseirat diikuti empat yang lain di dalam sebuah kereta maut selepas terkena bedilan roket Israel.

Tujuh lagi terkorban dan 25 yang lain cedera apabila bedilan roket Israel terkena sebuah rumah di Khan Younis di selatan Gaza, namun identiti mereka belum dikenal pasti.

Presiden Mahmus Abbas mendesak Israel menghentikan segera kempen serangannya dan menggesa dunia mengenakan tekanan ke atas kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Bagaimanapun, Kabinet Israel dijangka memanggil kira-kira 40,000 anggota pasukan simpanannya untuk meningkatkan serangan ke wilayah terbabit.

selangorkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.