Cari Blog Ini

Ketua Menteri P. Pinang Sumbang RM20,000 Kepada ‘Soup Kitchen’ The Lighthouse



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada pusat sehenti The Lighthouse di sini bagi membantu pusat itu meneruskan program mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan.

Beliau berkata, sumbangan daripada peruntukan Ketua Menteri itu diberikan selepas tersentuh melihat kesungguhan The Lighthouse yang dikendali NGO Penang Office for Human Development (POHD), serta keadaan golongan gelandangan di sana.

“Memberi makan adalah perbuatan yang sangat mulia. Saya sangat tersentuh dengan ‘soup kitchen’ di sini dan tempat lain, sama ada yang dikendalikan pertubuhan Katolik, Muslim, atau Hindu yang membantu memberi makan kepada golongan yang tidak mampu.

“Ini adalah usaha yang sangat mulia. Kita melihat mereka seperti insan, mereka berhak untuk diberi makan, terutama oleh badan-badan amal seumpama ini,” katanya dalam sidang media di sini.

Sehubungan itu, katanya lagi, beliau tidak memahami keputusan kerajaan persekutuan baru-baru ini yang ingin menghukum dan mendenda badan-badan yang membuat kerja amal seperti ini.

“Mereka perlu dipuji dan dilindungi, bukan dihukum dan didenda,” katanya lagi.

Guan Eng sempat meluangkan masa membantu mengagihkan makanan di sini di sebalik jadual padatnya berikutan sambutan ulang tahun ke-6 pengisytiharan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang jatuh pada hari sama.

Beliau juga dilihat gagal menahan air matanya sewaktu melihat para gelandangan menikmati makanan yang diberikan.

The Lighthouse yang terletak di Jalan Penang menerima kunjungan tanpa mengira kaum dan agama, malah menyediakan makanan menurut kepercayaan agama masing-masing, antaranya dengan tidak menghidangkan babi dan lembu.

“Ini sangat menghormati golongan gelandangan. Adalah sangat penting untuk kita mengangkat maruah mereka, selayaknya sebagai manusia,” kata Guan Eng lagi memuji tindakan itu.

Selain memberi sumbangan makanan, The Lighthouse juga menyediakan pusat kemahiran bagi golongan gelandangan seperti perniagaan dan masakan, bagi membuka peluang mereka untuk mendapat pekerjaan.

P Pinang tidak akan ikut Pusat

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP itu juga memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan sama sekali mengikut rancangan kerajaan Persekutuan untuk menggunakan Akta Orang Papa bagi membenarkan penahanan golongan gelandangan.

“Apakah undang-undang ini, apabila anda menahan seseorang hanya kerana mereka miskin selama 3 hingga 6 tahun?

Ini lebih teruk daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya menggesa kerajaan agar tidak meneruskan rancangan (menghukum ‘soup kitchen’ dan golongan gelandangan). Adakah menjadi miskin dianggap jenayah di negara ini?

Ini adalah sesuatu yang tidak akan kita lakukan di Pulau Pinang,” katanya lagi.

- Roketkini


Soup Kitchen tekad terus beri makanan bantu warga miskin kota
Dapur Jalanan bertegas untuk terus memberikan makanan kepada golongan Warga Miskin Kota di Kuala Lumpur seperti sebelum ini meskipun bakal berhadapan tindakan undang-undang.

Koordinatornya Mandeep Singh berkata, kegagalan pelaksanaan polisi kerajaan merupakan perkara pokok yang menjadi punca sebenar kepada masalah golongan tanpa kediaman ini.

Katanya, badan bukan kerajaan seperti Soup Kitchen yang memberikan makanan secara percuma kepada golongan ini tidak seharusnya dipersalahkan bagi menutup kelemahan polisi kerajaan dalam mencari penyelesaian mengenai perkara ini secara terperinci.

“Pendirian kami perkara ini terjadi kerana terlalu banyak warga miskin kota yang tidak mampu mendapatkan makanan disebabkan kegagalan kerajaan sendiri menangani masalah ini secara terperinci,” katanya dalam satu sidang media.

Katanya, kerajaan tidak mempunyai hak untuk menentukan jarak atau kawasan larangan untuk memberikan makanan percuma kepada golongan tanpa rumah ini oleh kerana Soup Kitchen tidak berurusan dengan kerajaan mengenai soal dana penyediaan makanan.

“Menteri dan kerajaan tidak mempunyai hak untuk menentukan di mana kawasan untuk kami memberikan makanan.

“Kami tidak mengambil dana daripada kerajaan. Kerajaan juga tidak memberikan dana kepada kita, kami sepenuhnya menggunakan dana awam. Jadi kita ada hak untuk menentukan di mana kami ingin memberikan makanan,” katanya.

Menyentuh soal kebersihan Mandeep menambah, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor perlu menunjukkan bukti kawasan yang kotor disebabkan penyediaan makanan oleh kumpulan Soup Kitchen.

Sehingga hari ini katanya, tiada mana-mana soup kitchen membuat kekotoran malah kawasan yang digunakan dibersihkan kembali selepas memberikan makanan.

selangorkini

* Kerajaan Umno BN Lemah Tangani Isu Warga Miskin Kota Kata Pengasas Dapur Jalanan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.