Cari Blog Ini

Kerajaan Umno BN Masih Timbang Laksana GST Ke Atas Petrol


Putrajaya masih timbang laksana GST ke atas petrol, lapor The Edge[gambar fail]
Putrajaya mengatakan masih menimbang sama ada akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas petrol, keputusan mengenainya masih dikaji.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pihak kerajaan masih meneliti mengenai isu tersebut.

"Di bawah subsidi yang kita sedang berikan, kita kecualikan petrol (daripada cukai jualan). Kita laksanakan rasionalisasi subsidi ke atas RON95 dan diesel.

"Jadi kita akan buat keputusan kemudian sama ada mengecualikan petrol atau tidak (daripada GST)," kata beliau yang dipetik berkata dalam The Edge hari ini.

Beliau juga berkata subsidi yang diberikan mestilah memberi manfaat kepada semua. "Apabila kita laksanakan rasionalisasi subsidi, kita mahu pastikan ia bermanfaat kepada semua.

"Kita mahu lihat tahap gaji kepada mereka yang kita beri subsidi," kata beliau. Senarai penuh pengecualian cukai dan kadar sifar barang akan digazet pada Ogos ini, kata Husni.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dilaporkan mendakwa harga bahan api itu akan naik selepas pengenalan GST pada April tahun depan.

Putrajaya bakal mengutip sejumlah RM3 bilion setahun daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap pembelian bahan api petrol dan diesel oleh rakyat.

GST pada kadar 6% akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16%.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.