Cari Blog Ini

Indonesia Sumbang Bantuan AS$1 Juta Kepada Palestin, Kerajaan Malaysia ?


Indonesia sumbang bantuan AS$1 juta kepada Palestin [gambar fail]
Kerajaan Indonesia menjanjikan bantuan kewangan tunai berjumlah AS$1 juta dolar untuk Palestin, lapor laman web akhbar Republika.

Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keamanan, Djoko Suyanto berkata bantuan itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

"Komitmen ini akan dibincangkan melalui Menteri Luar dan Duta Besar Palestin di Jakarta," katanya seperti dipetik oleh Republika.co.id.

Menteri Penyelaras Kesejateran Rakyat, Agung Laksono pula dipetik berkata bantuan wang tunai itu dianggap paling memadai untuk disampaikan segera kepada Palestin susulan serangan Israel ke atas Gaza sejak Selasa lalu.

"Kita memberikan wang 1 juta dolar AS kerana bantuan itu yang paling memungkinkan untuk diberikan dalam keadaan sekarang," petik laman web itu lagi.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang prihatin dengan perkembangan terbaru di Gaza sekarang menegaskan Indonesia mengutuk serangan tersebut.

Beliau mengajak badan antarabangsa untuk mendesak Pertubuhan Bangsa Bersatu melakukan sesuatu agar Israel menghentikan serangan tersebut.

Indonesia juga menggesa agar satu gencatan senjata dicapai dengan segera dan gencatan senjata itu hendaklah dipantau oleh PBB.

Dalam pada itu, Menteri Luar Indonesia Marty Natalegawa memaklumkan pihaknya sedang mencuba mencari jalan penyelesaian melalui saluran diplomatik.

"Sudah tiba waktunya agar Israel betul-betul ditekan untuk menghentikan tindakan mereka yang biadap ini," katanya dalam kenyataan media yang dipetik oleh VivaNews.

BBC News yang memetik sumber di Palestin melaporkan angka korban serangan empat hari berturut-turut sejak Selasa sudah mencecah lebih 100 orang.

Ini adalah keganasan Israel yang terburuk ke atas Gaza sejak 2012.

- Agensi


Kematian hari kelima serangan di Gaza kini 112 orang
Tujuh rakyat Palestine terbunuh dalam beberapa serangan awal pagi Sabtu oleh Israel, menjadikan jumlah kematian hari kelima serangan berjumlah 112.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan Gaza Ashraf al-Qudra, empat maut di Jebaliya, di utara semenanjung Gaza manakala dua lagi di bahagian selatan Deir el Balah.

Tidak lama selepas itu, seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia dalam serangan di Bandar Gaza.

Jumlah mangsa serangan meningkat menjadi 112 sejak Israel melancarkan serangan’ Operation Protective Edge’ sejak awal Selasa dalam usaha menghentikan serangan roket rentas sempadan oleh kumpulan-kumpulan militan.

Menurut kenyataan oleh tentera Israel pada lewat Jumaat, militant telah melancarkan 520 serangan mortar dan roket ke Israel sejak Selasa, manakala 140 serangan lain digagalkan oleh sistem pertahanan perluru berpandu ‘Iron Dome’.

Ia merupakan keganasan paling teruk sejak 2012, dengan penambahan jumlah roket yang dilancarkan ke atas Jerusalem dan Tel Aviv sehingga ke Haifa.

Setakat ini, tiada rakyat Israel yang terbunuh.

Seorang tentera Israel cedera parah dalam satu serangan mortar pada Khamis, dan seorang rakyat awam cedera apabila satu roket meletup di sebuah stesen minyak di Ashdod pada Jumaat.

Dua tentera cedera ringan berhampiran sempadan Gaza apabila Palestine melepaskan tembakan peluru berpandu anti-kereta kebal.

Seorang wanita warga emas turut cedera ringan apabila roket meranapkan rumahnya di Beersheva.

Israel telah memanggil semula 40,000 tentera simpanannya dan mengugut akan melancarkan operasi darat bagi mengekang api roket.

- AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.