Cari Blog Ini

Pembinaan Lapangan Terbang Di Kulim Kedah Dijangka RM1.6 Bilion,........Habis Lagi Duit Rakyat



Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah, bagi memenuhi peningkatan penerbangan ke wilayah utara, dijangka melibatkan kos RM1.6 bilion, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kos berkenaan termasuk pengambilan tanah, pembinaan infrastruktur asas lapangan terbang dan dua landasan, katanya.

Mukhriz berkata kajian dilakukan dan penting bagi negeri-negeri utara untuk mempunyai satu lagi lapangan terbang antarabangsa memandangkan Lapangan Terbang Bayan Lepas yang sedia ada di Pulau Pinang mungkin akan mencapai kapasiti maksimum dalam dua tahun.

"Satu lagi faktor yang membimbangkan ialah lapangan terbang itu mempunyai satu landasan, yang mempunyai kapasiti terhad untuk menampung lebih banyak pesawat.

Pendaratan oleh pesawat kargo telah dikurangkan lebih 10% dalam tempoh tiga tahun lepas. "Wilayah utara berkembang dan memerlukan perkhidmatan dan kemudahan kargo udara," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian pejabat Bina Darulaman Bhd di Kuala Lumpur hari ini.

Mukhriz berkata bukan mudah bagi lapangan terbang Pulau Pinang mempunyai landasan kedua memandangkan kilang-kilang terletak berhampirannya, sambil menambah bahawa cadangan penambakan laut untuk memanjangkan landasan itu sebagai "lebih mudah bercakap daripada melakukannya".

"Penyambungan landasan tidak membantu... peningkatan penerbangan hanya dengan lebih banyak landasan dan tidak memanjangkan yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai Jepun di Osaka, yang dibina melalui proses penambakan laut, mengambil kira-kira 10 tahun.

Mukhriz berkata adalah lebih murah untuk membina lapangan terbang di tanah besar dan bukannya melalui penambakan laut, sambil menambah bahawa lebih 600 hektar tanah ladang getah tersedia di Kulim untuk lapangan terbang yang dicadangkan itu yang boleh mempunyai sehingga empat landasan.

Beliau berkata lapangan terbang itu, jika diluluskan oleh kerajaan persekutuan, boleh menjadi lapangan terbang serantau, untuk menampung kawasan di selatan Thailand.

- Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sampai berapa banyak lapangan terbang nak dibuat di Kedah ni daaaa?

Tak cukup lagikah Alor Setar & Langkawi. Berapa ramai orang Melayu akan dihalau di tanah pusaka mereka? Sudah lupa projek udang kerpan? Sudah lupa projek Marina di Kuala Kedah? Sudah lupa projek jeti Langkawi dekat titi Semeling?

Kalau benar nak buat lapangan terbang kenapa tak dibuat sahaja di utara Perak? Bukannya berapa jauh pun dari Kulim, lagipun Lapangan Terbang Ipoh bukan beroperasi pun.

Soalan terakhir... apa kata bina je landasan atas kepada MB Kedah tu? Sikit punya terang tanah tu... tak ada orang Melayu yang akan kehilangan tanah pusaka mereka... lepas tu kau nak kenakankan berapa harga parking kapal terbang lantak kaulah.... parking kereta pun boleh kau cekau cukup-cukup atas tu.

Ni nak bagi tau kat kau Mukriz.... gejala kesengsaraan akibat kemiskinan telah bermula di Kedah. Kini kanak-kanak sekolah rendah terpaksa meminta sedekah akibat kesempitan hidup keluarga. Dari perabih duit untuk lapangan terbang tu.... perhati habis-habis kehidupan rakyat... jadi macam Saidina Umar Al-Khattab masuk seluruh pelusuk kampung dan bandar di Kedah selami kesusahan rakyat... jangan ralit Yahanana Yahanana... cakap je Ya tapi tak kemana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.