Cari Blog Ini

Peguam Negara Dan Polis Tak Boleh Hukum Mana-Mana Adun Yang Membuat Salah Laku Dalam Dun Tanpa Persetujuan Speaker


Law Choo Kiang
Datuk Law Choo Kiang
Peguam Negara tak boleh hukum Adun

[sinar]- Polis dan peguam negara tidak boleh menghukum mana-mana Adun yang membuat salah laku dalam Dun tanpa persetujuan Speaker.

Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, dengan ini pendakwaan yang dibuat terhadap Adun Seri Delima, RSN Rayer jelas sudah terbatal.

Beliau berkata, campur tangan polis dan Peguam Negara tanpa mengira kebebasan Dun dengan menggunakan badan perundangan untuk menyanggah keputusan yang sudah dibuat seolah-olah mencabarnya sebagai institusi yang mulia.

"Polis dan peguam negara wajar menunjukkan contoh yang baik dalam memastikan sistem demokrasi berparlimen di negara ini terus terpelihara," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Menurutnya, keputusan yang dibuat Dun wajar dan wajib dihormati oleh semua sejajar dengan segmen eksekutif dan kehakiman tidak boleh menceroboh bidang kuasa yang termaktub kepada Dun.

"Saya merayu kepada semua pihak agar menghormati status dan kuasa Dun.

"Di bawah prinsip pengasingan kuasa,  Dun memiliki status tertinggi kerana tugas badan eksekutif adalah jelas untuk melaksanakan apa saja usul atau dasar yang sudah diluluskan Dun," katanya.

Beliau berkata, tugas badan kehakiman pula adalah untuk memastikan usul dan dasar yang dijalankan itu tidak mengandungi elemen penyalahgunaan kuasa.

Mengenai penggunaan perkataan kesat oleh Rayer, Choo Kiang berkata, Adun itu sudah diberi amaran berdasarkan peraturan tetap atau ‘standing orders’ agar tidak mengulanginya.

"Tidak cukup dengan itu, saya juga memberi kebenaran kepada Adun pembangkang Umno berdasarkan peraturan tetap iaitu menggunakan usul tergempar untuk menghantar satu usul kepada jawatankuasa khas Dun Pulau Pinang.

"Namun, kegagalan Umno untuk mendapat undi yang mencukupi menyebabkan usul ini tidak diteruskan.

Saya sudah membuat keputusan berlandaskan konteks yang terkandung dalam peraturan tetap.

Dengan itu segala perkara berbangkit mengenai isu ini harus dihentikan segera," katanya.

Sambil menyifatkan tindakan polis dan Peguam Negara sebagai tidak menghormati prinsip pengasingan kuasa dan pendakwaan terpilih, Speaker itu berkata topik ‘Umno Celaka’ tidak tercatat dalam mana-mana bahagian dalam perlembagaan.

"Ia hanya merupakan perkara yang tidak baik yang diucapkan oleh seorang Adun semasa perbahasan di dalam Dun," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.