Cari Blog Ini

[Panas] Wakil Rakyat Kena Tumbuk Ketika Sarapan Pagi


Lelaki yang tumbuk Kok Seong dibawa ke balai polis, semalam.
Lelaki yang tumbuk Kok Seong dibawa ke balai polis, semalam
[sinar]- Ahli Parlimen Rasah, Teoh Kok Seong sedang bersarapan di sebuah kedai makan dekat Taman Satelite, dekat sini, apabila diserang seorang lelaki, semalam.

Kok Seong duduk bersama Adun Bahau, Chew Seh Yong apabila seorang lelaki berusia sekitar 50-an menghampirinya kira-kira jam 10 pagi.

"Lelaki itu tiba-tiba menumbuk dada kiri saya dua kali. Dia kemudian cuba baling kerusi ke arah saya, tapi sempat dihalang," katanya.

Menurutnya, keadaan itu mengejutkan pelanggan-pelanggan.

"Bagaimanapun, semuanya terkawal selepas anggota polis tiba kurang 10 minit (selepas kejadian) dan menahan lelaki itu," katanya.

Kok Leong membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan.

Pemimpin DAP itu berkata, dia, tidak akan mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut kerana menyifatkan ia sebagai cabaran yang harus dihadapi selaku wakil rakyat.

Menurutnya, beliau mengenali lelaki itu sejak tiga tahun lalu semasa menjadi Adun Bahau.

"Dia pernah datang ke Pejabat Pusat khidmat Dun Bahau semasa itu.

Saya tak pasti lelaki itu ada masalah kesihatan atau tidak, tapi dia pernah minta saya buatkan kain rentang kerana dia rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak).

"Saya tolak permintaannya kerana ia tak masuk akal, Sejak itu, dia akan menyerang saya setiap kali berjumpa, tidak kira di mana pun,” katanya.

Lelaki yang tumbuk Kok Seong dibawa ke balai polis, semalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.