Cari Blog Ini

Noh Omar "Gila Talak" !


Khalid sifatkan Noh Omar "gila talak"

[hd]- Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar menjadikan sesi perbahasannya untuk menghentam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Perbahasan ahli parlimen BN itu dibidas oleh beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana ia tidak menjurus kepada Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, perkara yang menyentuh dasar Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya dibahaskan di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya di parlimen.

Bahkan katanya, tindakan Ahli Parlimen Tanjung Karang terbabit sekali gus menafikan penglibatan Adun BN di dalam Dun Selangor.

"Kenapa tidak sahaja YB dedahkan perkara atau fakta yang ada kaitan dengan kerajaan Selangor di Dun. Di sini kita membincangkan soal dasar Kerajaan Persekutuan.

"Tindakan ini seolah-olah Tanjung Karang tidak percaya kepada Adun-Adun BN di Dun Selangor," katanya yang turut mencelah ketika perbahasan oleh Noh Omar membuatkan dewan sedikit gamat.

Suasana bertambah gamat apabila Khalid turut melabelkan Tanjung Karang seolah-olah 'gila talak' dan tidak boleh menerima hakikat bahawa Kerajaan Selangor masih di bawah Pakatan Rakyat.

Sementara itu Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin  bangun mencelah dan menyifatkan pendedahan Tanjung Karang  telah menafikan hak kerajaan Selangor untuk menjawab.

"Kita tidak ada Exco kerajaan untuk jawab pendedahan Tanjung Karang.

Kenapa tidak dedahkan dalam sidang Dun? Kenapa Selangor, kita bincang di parlimen?

"Adakah kerana sukar untuk pelaburan asing atau pelaburan Umno? Sebab menyukarkan Umnolah, meroyan semacam sahaja," bidas Hanipa menjadikan dewan semakin gamat dan diikuti sanggahan oleh Noh Omar.

Dalam perbahasan itu, Noh mempertikaikan kerajaan Selangor yang enggan melaksanakan Langat 2 menyebabkan krisis air melanda negeri itu beberapa bulan lalu.

Katanya kedegilan kerajaan Selangor menyebabkan pelaburan kerajaan pusat tergendala kerana tidak mendapat kerjasama dengan kerajaan negeri.

"Apa yang saya cakap ini ada kaitan dengan pelaburan bukan isu Selangor sahaja, pelaburan air ini melibatkan semua negeri

"Saya cakap berdasarkan fakta. Dasar kerajaan negeri menyusahkan pelaburan. Macam mana pelaburan hendak datang," kata Noh.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.