Cari Blog Ini

MCA Membebankan Najib , Kata Menteri Umno


MCA jangan bebankan Najib
[sinar]- Tindakan MCA menarik diri dan kemudiannya mahu kembali dalam kabinet disifatkan sebagai membebankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bebanan itu ditambah lagi dengan permintaan terbaru MCA Terengganu yang mahukan jawatan Kabinet lebih banyak untuk parti itu.

“Apa yang berlaku sekarang ini ialah kerana MCA sendiri yang menarik diri daripada menyertai kabinet.

Apabila sekarang ini, mereka mahukan tempat itu kembali, ia dilihat membebankan dari segi siapa pula yang mahu dikosongkan ataupun apakah kita memerlukan satu jumlah Kabinet yang terlalu besar kerana ada desakan-desakan untuk mempunyai bilangan lebih ini.

“Saya rasa dalam konteks ini, menarik diri telah membebankan perdana menteri, sekarang nak jumlah yang banyak, sekali lagi membebankan PM.

Jadi, akhirnya kita kena bersedia menerima kebijaksanaan yang akan diputuskan perdana menteri,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Hari ini, Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw berharap lebih dua pemimpin MCA akan dilantik sebagai menteri dalam barisan Kabinet baharu kelak.

Menurutnya, pelantikan seorang atau dua orang pemimpin masih tidak mampu memenuhi keperluan masyarakat Cina di negara ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, tiada kuota ditetapkan untuk mana-man kaum untuk jawatan Kabinet ekoran ia ditentukan berdasarkan kepada pencapaian.

“...menentukan kedudukan tidak berdasarkan kuota. Ia berdasarkan kepada kebolehan atau kemampuan.

Kita kena serah kepada kebijaksanaan beliau untuk menilai siapa yang menunjukkan kemampuan terbaik terutama sekali dalam kita melangkah ke pilihan raya umum akan datang.

“Sebenarnya tidak ada apa yang disebutkan sebagai kuota Melayu, Cina dan sebagainya.

Ia lebih berdasarkan kepada konvensyen bahawa dalam negara kita ini pelantikan anggota Kabinet itu berasaskan kepada permuafakatan yang datang dari konsensus.

Mereka itu datang mewakili pelbagai pihak, kaum, negeri, latar belakang dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kasim menegaskan setiap menteri yang dilantik berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun negeri .

“Kita pilih menteri bukan nak ikut kaum. Menteri untuk semua. Macam saya, ada orang Cina ada orang India, orang Siam.

“Jadi, Shahidan untuk semua. Najib untuk semua. Siapa-siapa jadi menteri kerana kaum ini tak boleh.

Mesti untuk semua,” katanya.


                               Mahu lebih dua pemimpin jadi menteri Kabinet

[sinar]- Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw berharap lebih dua pemimpin MCA akan dilantik sebagai menteri dalam barisan Kabinet baharu kelak.

Menurutnya, pelantikan seorang atau dua orang pemimpin masih tidak mampu memenuhi keperluan masyarakat Cina di negara ini.

“Kita harap perkara ini diambil kira agar pemimpin dapat memainkan peranan sebaiknya. Kalau ada tiga atau empat pemimpin, mungkin boleh seimbangkan dengan keperluan di 14 negeri.

Di Terengganu, MCA kalah, tapi rakyat perlu juga dijaga,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas spekulasi perubahan Kabinet berikutan persetujuan MCA untuk menyertai semula barisan Kabinet dan kemenangan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.

Kata Chin Yaw, pelantikan pemimpin MCA sebagai menteri bukanlah pilihan, tesebaliknya keperluan dalam meningkatkan imej BN.

Bagaimanapun, Chin Yaw enggan mengulas ketika ditanya sama ada pelantikan itu akan meningkatkan sokongan kaum Cina terhadap BN atau sebaliknya dengan penyertaan semula pemimpin MCA dalam Kabinet, sambil memberitahu perkembangan politik sentiasa berubah.

Mengulas lanjut, katanya, pelantikan pemimpin MCA itu mampu memperlihatkan wajah sebenar Malaysia yang dihuni masyarakat majmuk.

“Walaupun kita kalah teruk, tetapi peluang perlu diberikan kepada parti Cina bagi mewakili BN dalam mendengar keperluan mereka.

Oleh sebab kita parti utama kaum Cina, BN perlu ambil faktor itu untuk melantik lebih ramai pemimpin MCA dalam barisan

Kabinet sekali gus memberi keyakinan kepada banyak pihak,” katanya.

Namun, Chin Yaw yakin dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mempertimbangkan perkara tersebut.

“Kita boleh bincang, tapi tak boleh melebih-lebih. Kita yakin Perdana Menteri akan buat keputusan bijak dan semua pihak perlu menghormati keputusan itu,” katanya.

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.