Cari Blog Ini

Kepala Lembu : Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Pula Belasah Zahid Hamidi, "Tidak Gambarkan Ajaran Islam Kata ABIM"


Abim bidas kenyataan Zahid Hamidi, tidak gambarkan ajaran Islam
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gara-gara kenyataan kontroversi "mulut celupar" terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer berhubung insiden kepala lembu Sabtu lalu.

Menurut Presiden Abim, Amidi Abd Manan, kenyataan Zahid itu bukan sahaja tidak menggambarkan ajaran Islam malah satu penghinaan kepada penganut Hindu. ‎

"Respons yang diberikan oleh Zahid tidak mencerminkan ajaran Islam. Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan," kata Amidi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam al-Quran sendiri menyebut penghinaan terhadap agama bukan Islam akan mengundang penghinaan daripada penganut lain.

Katanya, secara tidak langsung ia memberi imej negatif kepada Zahid yang kononnya dilihat sebagai pemimpin "negara Islam" akan tetapi tindakannya seolah-olah seperti tidak mengamalkan ajaran al-Quran.

"Respons yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin 'negara Islam' yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran.

"Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An'am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam," katanya.

Amidi berkata sewajarnya Zahid perlu mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan status Malaysia sebagai negara Islam di mana ia mesti selari dengan perkataan, sikap dan tindakan.

"Sepatutnya kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama," katanya.

Naib presiden Umno itu sekali lagi mencetuskan kemarahan pelbagai pihak di negara ini apabila kenyataan yang menyatakan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di hadapan rumah Adun DAP itu merupakan balasan ke atas keceluparan mulutnya

"Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," kata Zahid selepas majlis penutup pengiktirafan pengawal keselamatan di Kuala Kubu Baru, Sabtu lalu.

Zahid bukan sahaja dikecam oleh DAP yang lantang menyatakan menteri itu harus berundur dari jawatannya malah daripada parti komponen Barisan Nasional sendiri.

Menurut Gerakan, Zahid perlu melihat insiden itu secara serius kerana ia bukan merupakan perkara main-main kerana ia melibatkan keselamatan wakil rakyat.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.