Cari Blog Ini

Janji PRK Teluk Intan : Warga Teluk Intan Tunggu Universiti, Lebuh Raya Dan WIFI Dari BN



Melalui kemenangan BN pada PRK Teluk Intan, sebagaimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri sendiri, Datuk Mah Siew Keong akan dilantik menjadi menteri atas kapasitinya sebagai Presiden Gerakan.

“Melalui beberapa janji yang terkandung dalam manifestonya pula, pembinaan sebuah universiti tentulah antara yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Teluk Intan,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.

Menurutnya, melalui beberapa janji menteri yang lain lain pula seperti wifi yang lebih laju, pembangunan yang lebih banyak, pembinaan lebuh raya Banting-Taiping yang dijanji dipercepatkan, uniform untuk anggota Rela dan sebagainya, semuanya itu sedang dinanti oleh penduduk Teluk Intan walaupun Mah berkata, semua itu bukan janjinya dan beliau tidak terikat dengannya.

Namun, katanya jika semua janji itu tidak ternampak bayangnya atau sebatang tiang pun gagal dinaikkan menjelang pilihan raya 2018 nanti, tidak mustahil kerusi Teluk Intan ini kembali semula ke pangkuan DAP.

“Meskipun ada kemungkinan sesetengah pemimpin Umno bersikap agak sombong dan poyo dengan kejayaan merampas kerusi Teluk Intan ini daripada DAP, tetapi secara keseluruhannya pola pengundian masih menjanjikan persaingan yang sengit dalam pilihanraya umum akan datang.

Najib, Umno dan BN belum boleh bersenang-lenang lagi,” tulisnya lagi. Pada PRK Teluk Intan semalam, BN berjaya merampas kembali kerusi parlimen itu yang kali terakhir pernah dimenanginya pada 2004 dahulu.

Dengan peratusan keluar mengundi begitu menurun iaitu hanya sebanyak 66.5 peratus, Mah memperolehi 20,157 undi manakala Dyana Sofya meraih 19,919 undi. Undi rosak pula sebanyak 550.


                               TPM: BN akan tunai semua janji di Teluk Intan

[mk]- Sambil melahirkan kesyukurannnya terhadap kemenangan BN di Teluk Intan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN akan menunaikan semua janji yang telah dibuat.

"Datuk Mah Siew Keong akan membawa arus pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kepada negeri Perak dan Teluk Intan," katanya dalam satu kenyataan,

"Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana pengundi di Teluk Intan telah memilih calon BN Datuk Mah Siew Keong untuk menjadi wakil Rakyat mereka kembali.

"Saya percaya kemenangan yang memihak kepada calon BN adalah satu petanda penting bahawa keyakinan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin kukuh," tambahnya.

Selain itu, Muhyiddin juga percaya pengundi Teluk Intan telah membuat keputusan yang matang dengan menilai prestasi baik dan pengalaman Mah yang pernah berkhidmat sebagai ADUN Pasir Bedamar dan Ahli Parlimen Teluk Intan sebelum ini.

"Kita bersyukur kerana kemenangan ini juga membuktikan BN terus mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

"Tahniah kepada Datuk Mah dan seluruh jentera BN. Ini merupakan satu kemenangan yang amat bermakna dan manis untuk BN.

"Terima kasih kepada pengundi Teluk Intan dan tahniah kerana telah membuat pilihan yang bijak dan tepat.

"Terima kasih pengundi Teluk Intan kerana menolak politik jahat, tipu helah dan kebencian," tambahnya.

Menurutnya, walaupun majoriti kecil dan memerlukan lebih banyak kerja dan usaha berterusan, beliau percaya "ini adalah detik kebangkitan parti Gerakan".

"Saya juga percaya Datuk Mah Siew Keong akan berkerja kuat dan mengambil berat terhadap kebajikan penduduk Teluk Intan.

"Selain daripada berpengalaman, berdedikasi dan komited, beliau juga merupakan seorang penduduk Teluk Intan yang menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat tempatan," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.