Cari Blog Ini

Jadikan Ramadhan Bulan Melawan Sentimen Perkauman Dan Agama, Kata Ketua Menteri Pulau Pinang


[gambar fail]
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berharap seluruh rakyat Malaysia mengekalkan sikap saling menyayangi tanpa mengira kaum dan agama, sempena ketibaan bulan Ramadhan kali ini.

“Saya berharap kita akan sentiasa mengekalkan rasa kasih antara satu sama lain, tanpa mengira kaum dan agama. Semoga bulan yang mulia ini menjauhkan kita daripada bencana perkauman dan sikap melampau.

“Kerajaan Negeri mengucapkan salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua, khususnya umat Islam.

Semga ia dapat merapatkan lagi silaturahim antara sesama rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan,

Setiausaha Agung DAP itu berkata, rakyat Malaysia sememangnya dikenali sentiasa memilih jalan sederhana dan menolak sikap ekstrimisme dan berlebih-lebihan.

Semalam, individu tidak dikenali membuang kepala lembu berdarah di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek RSN Rayer di Island Park.

Insiden itu dilihat sebagai cubaan berterusan pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama di negeri itu.

Justeru, kata Guan Eng, beliau berharap Ramadhan yang dianggap sebagai bulan kesabaran akan memberikan kekuatan kepada semua untuk menghadapi sebarang cubaan mengganggu gugat keharmonian dan keamanaan negara.

Sumbangan kerajaan Negeri untuk masjid dan surau

Dalam pada itu, Guan Eng memaklumkan sempena Ramadhan tahun ini, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan sumbangan Ihya Ramadhan sejumlah RM222,000 kepada masjid dan surau utama di seluruh negeri.

“Kami juga berharap Kompleks Mahkamah Syariah Tinggi Pulau Pinang yang baru dapat dibuka secara rasmi pada Ramadhan ini.

Kita telah pun memberikan tanah seluas 3.49 ekar di Bukit Gantong/Jalan Scotland yang kini bernilai RM100 juta untuk kompleks tersebut,” katanya.

Katanya lagi, pembinaan kompleks tujuh tingkat itu dibiayai kerajaan pusat serta dilengkapi kemudahan mesra-OKU (orang kelainan upaya).

- Roketkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.